blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Penemuan Kapal Misteri Di Bekas Ground Zero 9/11

Friday, July 16, 2010
Ada penemuan mengejutkan di lokasi ground zero menara kembar World Trade Center (WTC), New York, yang runtuh dihentam pesawat-bom Al Qaeda.

Penemuan itu bukanlah sisa-sisa jasad korban dahsyat komplot Osama bin Laden, pada 11 September 2001 lalu.

Tetapi ia adalah bangkai kapal yang terkandas kira-kira sekitar tahun 1810. Tujuan utama perahu misteri itu adalah tepian pantai Manhattan.

Bangkai kapal dengan panjang sekitar 10 meter itu ditemui di bawah permukaan tanah sedalam sekitar enam meter. Penemuan ini menggemparkan, kerana ia bagaikan muncul secara tiba-tiba ke atas permukaan tanah.

Di tengah kebisingan deruan jentera yang terus menggali dan merenovasi Ground Zero, para arkeologi ramai berkumpul.


“Penemuan bangkai kapal ini adalah kemuncak daripada penggalian gedung WTC. Ini sangat menakjubkan,” kata Molly McDonald, arkeologi yang berada di lokasi sambil menunjukkan ke arah dua potong kayu kapal.

Bangkai kapal itu terkubur di bawah lumpur yang sedang digali untuk kerja renovasi dan pembaikan kawasan bekas Menara WTC. McDonald dan tiga rekannya berhasil menggalinya, hingga ke bahagian lambung kapal kelihatan jelas.

Bahagian ini terkubur di lokasi di mana akan dibangunkan pusat membeli-belah yang baru. Para peneliti dengan sangat berhati-hati dengan lumpur demi untuk mencari bahagian-bahagian kapal lainnya.

Sejarawan bidang lautan, Norman Brower meyakini, perahu ini pernah berlayar ke Karibia. Kesimpulan itu dinyatakan setelah mereka memeriksa jejak yang tertinggal di kapal itu.

“Bau yang tinggal ini seperti air laut yang surut,” kata McDonald. Walaupun demikian, masih banyak misteri yang harus dipecahkan dari penemuan bersejarah ini. “Kenapa kapal ini dibina? Bagaimana penggunaannya? Dan mengapa kapal ini karam dan tenggelam?”

Peristiwa menggemparkan ini terjadi pada Selasa, 13 Julai lalu. Ketika itu petugas menemuinya secara tidak sengaja ketika sedang melakukan penggalian di hujung selatan Ground Zero. Kini, pasukan konsultan lingkungan sudah dipanggil untuk mendokumentasikan artifak di lokasi yang akan menjadi pusat perdagangan itu.
(Associated Press)

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments

Bukti Rakyat 1Malaysia Miskin








KUALA LUMPUR, 15Julai -- Pemilik kenderaan mula membanjiri stesen minyak bagi membeli minyak dan gas pada harga lama sebelum harga baru berkuatkuasa mulai esok (Jumaat).

Petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga bagi minyak petrol, diesel, LPG dan gula.




Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks