blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Oh Yeah? Datanglah Tangkap Saya!

Wednesday, July 14, 2010









Utiliti sistem pengurusan yang tersusun oleh pemberi maklumat sudah diakui di seluruh perundangan dunia. Selagi jenayah masih berlaku, pemberi maklumat memainkan peranan dalam penyiasatan dan pendakwaan. Mereka boleh jadi seorang pemberi maklumat profesional, kerana kepentingan diri sendiri, atau mereka mungkin rakyat biasa, dimotivasikan oleh semangat demi kepentingan umum. Apa pun sebabnya, demi kepentingan orang awam tiada apa-apa boleh dilakukan untuk melemahkan semangat orang-orang mana-mana golongan untuk tampil ke hadapan (Rankine R V [1986] 1 QB 861 pada 865).


Raja Petra Kamarudin


Itulah masalah dengan sebahagian orang Melayu apabila anda ambil mereka daripada kampung dan menghantar mereka ke sekolah. Mereka fikir hanya kerana mereka pergi ke sekolah bermaksud mereka telah menerima pendidikan.

Adakah mereka tahu sekadar dengan pergi ke sekolah bererti; anda telah bersekolah? Ia tidak bermakna anda berpelajaran. Lagipun, anda boleh mengeluarkan Melayu daripada kampung tetapi anda tidak boleh selalu mengeluarkan kampung daripada Melayu.

Dan inilah merupakan masalah dengan orang Melayu yang masih menghantar saya emel benci, orang Melayu dalam Umno, orang Melayu dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian serta blogger Umno. Mereka masih bercakap tentang menangkap saya. Baiklah, berhenti bercakap dan datang tangkap saya. Tetapi sebelum itu pergi belajar dan berhenti daripada memalukan seluruh orang Melayu dengan semua percakapan bodoh anda.

Ini termasuklah Ketua Polis, Ketua Hakim Negara dan Menteri Umno yang semuanya mendendangkan lagu bodoh yang sama. Mereka semua menunjukkan bahawa mereka tidak tahu apa-apa tentang undang-undang. Dan ia amat menyedihkan.

Apakah rancangan mereka untuk menangkap saya? Adakah mereka mahu mengenakan saya dengan perintah tahanan ISA yang baru? Penahanan tanpa perbicaraan tidak digunakan di UK. Tambahan pula, apa yang saya tulis sejak Februari 2009 ditulis daripada luar Malaysia. Dan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap apa yang saya buat di luar negara. Negara asal saya boleh menangkap dan membuat tuduhan terhadap saya dalam keadaan ia merasakan saya telah melakukan satu jenayah di dalam negara.

Sebagai contoh, di UK, saya boleh berkahwinan homoseksual (kini, walau di dalam gereja) seperti Elton John, yang menerima satu perutusan tahniah dari Perdana Menteri British. Malaysia tidak boleh mengekstradisi saya untuk tuduhan liwat kerana saya lakukannya di UK dan bukan di Malaysia -- di mana liwat ialah satu jenayah. Jadi jenayah mesti telah dilakukan di dalam Malaysia dan mesti menjadi satu kesalahan jenayah bagi kedua-dua negara Malaysia dan UK -- jenayah dual -- sebelum Malaysia boleh mengekstradisi saya.

Atau adakah mereka mahu untuk mengenakan saya dengan tuduhan-tuduhan baru? Apa tuduhan-tuduhan baru? Satu kesalahan jenayah di bawah Akta Rahsia Rasmi berkaitan PKFZ Cabinet Papers yang saya terbitkan? Maaf, di UK mereka ada Akta Kebebasan Maklumat. Jadi ia bukan satu jenayah membongkar maklumat kejahatan kerajaan. Malah, ia sebaliknya. Di UK ia menjadi satu jenayah apabila menyembunyikan maklumat kejahatan. Jadi di UK ini saya akan diberikan satu anugerah, bukan satu waran tangkap.

Mungkin mereka mahu membuat tuduhan-tuduhan lama terhadap saya yang telah digugurkan (digugurkan bukannya diberikan pembebasan)? Begini, hanya ada dua tuduhan. Satu ialah untuk hasutan dan satu lagi untuk jenayah memfitnah.

UK tidak lagi mempunyai Akta Hasutan. Undang-undang ini dibatalkan pada 1hb Januari tahun ini. Jadi, di bawah fasal jenayah dual, mereka tidak boleh mengekstradisi saya atas tuduhan itu. Jadi masih ada satu tuduhan terhadap saya, tuduhan jenayah memfitnah.

Okey, mari kita bercerita tentang baki tuduhan ini.

Saya dikatakan telah memburuk-burukkan Rosmah Mansor. Tetapi Rosmah bukannya seorang pegawai kerajaan. Dia hanya bekas perempuan simpanan Perdana Menteri Najib Tun Razak, seorang perosak rumah tangga yang merampas suami orang. Hanya kerana dia pasangan seks Najib tidak menjadikan dia pegawai kerajaan Malaysia. Jadi undang-undang bagi jenayah fitnah tidak boleh digunakan atas dirinya. Jadi bagaimana, boleh saya dituduh untuk jenayah fitnah?

Adakah ini bermakna jika saya memfitnah separuh daripada sedozen wanita lain kemudiannya saya akan dihadapkan tuduhan melakukan enam jenayah fitnah hanya kerana Najib juga melakukan hubungan seks dengan mereka dan itu menjadikan mereka kini secara rasmi bekerja dengan kerajaan Malaysia?

Bila kata Melayu bodoh, marah. Tapi kalau dah bodoh nak kata apa lagi?

Bagaimanapun, tidak mengapa. Datang dapatkan saya. Mohon untuk mengekstradisi saya. Kemudian kita lihat apa yang mahkamah akan katakan tentang perkara ini.

Apakah jenayah yang saya lakukan di bawah tuduhan jenayah fitnah? Saya menandatangani akuan berkanun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di depan seorang peguam dan pendaftar mahkamah. Kemudian peguam menghantar ia untuk pendakwaan dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya.

Di UK ia bukan satu jenayah. Itu satu tanggungjawab. Jika anda mempunyai maklumat satu jenayah itu mungkin telah dilakukan -- sekalipun anda tidak terlalu yakin tetapi mungkin ada satu kemungkinan -- anda perlu melaporkannya. Dan itulah apa yang saya lakukan; Saya melaporkannya.

Di UK mereka yang melaporkan satu jenayah diberi keimunan dan tidak boleh didakwa atas tuduhan jenayah kerana melaporkan satu jenayah. Tetapi ini apa yang berlaku kepada saya di Malaysia -- Saya telah ditangkap dan didakwa kerana melaporkan satu jenayah.

Ini ialah apa mahkamah British dikatakan:

Utiliti sistem pengurusan yang tersusun oleh pemberi maklumat sudah diakui di seluruh perundangan dunia. Selagi jenayah masih berlaku, pemberi maklumat memainkan peranan dalam penyiasatan dan pendakwaan. Mereka boleh jadi seorang pemberi maklumat profesional, kerana kepentingan diri sendiri, atau mereka mungkin rakyat biasa, dimotivasikan oleh semangat demi kepentingan umum. Apa pun sebabnya, demi kepentingan orang awam tiada apa-apa boleh dilakukan untuk melemahkan semangat orang-orang mana-mana golongan untuk tampil ke hadapan (Rankine R V [1986] 1 QB 861 pada 865).

Anda perlu lebih ‘kesedaran'? Bacalah empat lampiran di bawah yang menerangkan isu ini.

Seseorang yang melaporkan satu jenayah tidak boleh didakwa, seperti apa mereka lakukan kepada saya di Malaysia. Ini adalah sesuatu yang Ketua Polis dan Ketua Hakim Negara (atau Blogger Umno, Menteri, dan lain-lain.) nampaknya tidak tahu. Dan inilah sebabnya mereka perlukan lebih pendidikan tentang bagaimana undang-undang berfungsi.

Dan hanya selepas mereka menerima pendidikan barulah mereka cuba untuk mengekstradisi saya. Jika tidak, bahkan seseorang yang bukan peguam seperti saya akan berlari mengelilingi mereka sambil ketawa. Dan itu membuatkan Melayu lagi malu.



Terjemahan daripada artikel : Oh yeah? Then come get me!




Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks