blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Satu Kepala Berharga RM 100K

Tuesday, July 13, 2010
Bot yang dinaiki kali terakhir oleh Dato Lee Chong Lin.


PONTIANAK – Pihak Keluarga Dato Lee Chong Lin (62) dan Gabriel Yong Ted Hin, dua rakyat Malaysia yang hilang ketika memancing di perairan antara Sematan, Malaysia dengan Tanjung Datuk, Kalimantan Barat, Jumaat (25/6/2010) lalu, memberikan ganjaran sehingga RM 100 ribu Ringgit Malaysia bagi sesiapa yang menemuinya.

“Pihak keluarga memberikan ganjaran sebesar 100 ribu Ringgit bagi siapa saja yang menemui anggota keluarga mereka sama ada hidup atau mati,” kata Zairi M Basri, Konsulat Malaysia di Pontianak, Isnin (12/7/2010).

Kedua penduduk Kuching itu keluar memancing sejak 23 Jun. Pada 23 Jun malam, mereka masih berhubung dengan keluarga. Ketika itu, kedudukan mereka adalah di sempadan Indonesia dan Malaysia.

Perhubungan terputus sejak 25 Jun dan pihak keluarga melaporkan kepada polis Malaysia keesokan harinya, iaitu pada 26 Jun. Setelah menerima laporan dari keluarga, Pasukan Penyelamat Malaysia terus turun mencari kedua orang yang hilang tersebut.

Pasukan penyelamat Indonesia juga turut sama mencari. Namun, tujuh hari setelah dilakukan pencarian, kedua-duanya masih belum juga ditemui. Akhirnya, pencarian dihentikan.

“Bagi yang menemuinya, hidup atau mati, sila hubungi polis terdekat. Buat laporan kepada pihak polis, dan wakil Malaysia akan bersama-sama memeriksa bersama keluarga korban,” kata Zairi.

Setelah dipastikan identitinya, maka penemunya akan diberikan wang ganjarana RM 100 ribu.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks