Satu objek tidak dikenal pasti (UFO) dikenalpasti yang mengganggu trafik udara di Hangzhou, wilayah Zhejiang East China.
Satu objek (UFO) telah mengganggu trafik udara ibu negeri wilayah Zhejiang Hangzhou pada hari Rabu, menurut wakil perbandaran pada hari Khamis.
Xiaoshan Airport telah ditutup selepas UFO dikesan pada sekitar 9 pm, dan beberapa penerbangan yang mendarat di lapangan terbang di bandar Ningbo dan Wuxi telah dilencongkan, kata seorang jurucakap lapangan terbang.
Bagaimanapun lapangan terbang tetap beroperasi, dan butir-butir yang lebih lengkap akan dikeluarkan selepas satu siasatan, katanya.
Satu sumber bagaimanapun memberitahu China Daily Khamis lalu yang pihak berkuasa telah mengenal pasti UFO tersebut selepas menyiasat.
Tetapi ia bukanlah masa yang baik untuk mendedahkan maklumat secara terbuka kerana melibatkan hubungan ketenteraan, katanya sambil menambah bahawa satu penjelasan rasmi dijangka dikeluarkan pada hari Jumaat.
Penerbangan-penerbangan masuk telah dilencongkan ke lapangan-lapangan terbang berdekatan di wilayah Zhejiang Ningbo dan wilayah Jiangsu Wuxi. Penerbangan keluar pula telah ditangguhkan selama tiga hingga empat jam.
Seorang staf lapangan terbang berkata lapangan terbang sendiri tidak mengetahui berapa banyak penerbangan yang akan terjejas disebabkan penutupan ini.
Sekeping gambar diambil oleh seorang penduduk Hangzhou menunjukkan satu objek tidak dikenalpasti UFO berterbangan di Hangzhou, wilayah Zhejiang East China, Rabu, 7 Julai, 2010. Pada sekitar 11 pm hari Rabu, satu netizen menulis tiga pengumuman berkaitan penutupan lapangan terbang dalam microblog di Sina.com, tetapi kesemuanya sudah di padam.
Dia kemudiannya menghantar satu permohonan maaf pada tengah malam, mengatakan berita tersebut belum disahkan dan meminta mereka yang telah menerbitkan catatan maklumannya untuk memadamkannya.
Jika anda minat artikel ini :