blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Tangisan Tyson Di Masjid Nabawi

Wednesday, July 7, 2010
Mike Tyson di Masjid Nabawi ketika melakukan perjalanan dan Umrah 4 Julai 2010.

MADINAH- Walau tumbukan Mike Tyson sering menumbangkan peninju hebat, tapi hatinya luluh ketika bersimpuh di Masjid Nabawi di Madinah. Ia tidak mampu menahan air matanya yang bercucuran ketika masuk ke dalam Masjid Nabi.

Mike Tyson pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Nabawi Madinah semenjak masuk Islam, ketika ia menjalani ibadah umrah, 4 Julai 2010. Ia mengaku mendapat pengalaman spiritual yang mendalam.

Entah apa yang bermain di fikirannya, mantan peninju heavyweight ini tidak mampu menahan tangis saat masuk ke dalam masjid yang dibina di zaman Nabi Muhammad SAW ini.

Dia berasa gembira mempunyai peminat yang mencintainya di Arab Saudi. Tapi, Ia berharap mereka dapat memberikannya waktu agar boleh untuk menikmati momen spiritual di Tanah Suci.

"Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui berada di salah satu taman syurga," ujarnya ketika mengunjungi Masjid Nabawi seperti dilaporkan arabnews.com.

Tyson tiba di Arab Saudi untuk kali pertama pada Jumaat 2 Julai 2010. Tyson memanfaatkan waktu untuk melakukan perjalanan dan ziarah ke tempat-tempat penting di Arab Saudi, dan tidak lupa melaksanakan solat di Masjid Nabawi.

Isnin (5/7) Tyson tinggal di hotel berhampiran Masjid Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Dia mendapat kawalan ketat saat melakukan solat Zuhur. Ia juga tidak henti-henti menceritakan pengalaman spiritual luar biasa dalam perjalanan ke Tanah Suci ini.


Tyson di dalam ihram untuk menunaikan umrah.

Tyson memeluk Islam ketika masih dalam penjara pada pertengahan 1990 kemudian berguru kepada ustaz di dalam penjara Indiana tersebut. Saat ini Tyson memiliki nama Islam Malik Abdul Aziz. Ia mengenakan pakaian ihram untuk melakukan umrah di Mekah.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 2 comments

Jerman Kalah Kepada Sepanyol?

Semuanya sudah tamat - ianya sudah TAMAT bagi Jerman, jika Paul si sotong kurita meramalkannya dengan tepat.

Dia telah meramalkan Sepanyol akan belasah pasukan kebangsaannya malam ini di dalam Piala Dunia... dengan tentakel-tentakelnya berada di dalam sebuah balang bertanda bendera Sepanyol.


Keputusan sebenar yang tepat seperti ramalan Paul.

Kakitangan akuarium di Oberhausen telah meletakkan makanan ke dalam balang-balang kaca yang mempunyai bendera Jerman dan juga Sepanyol dan membiarkan makhluk berdakwat ini memilih makanannya. Sebelum ini pilihannya tepat, memilihi Jerman untuk menang termasuk ketika tewas kepada Serbia.

Jadi jika keputusan malam ini ditentukan oleh sotong ini. Ia berbaloi jika meletakkan beberapa ekor sotong bagi menentukan keputusan...

Sumber : www.thesun.co.uk



Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks