blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lembu Berkepala Dua Di Mesir

Sunday, July 4, 2010

Kaherah (AP)- Seorang petani di utara Mesir berkata peristiwa lembunya yang telah melahirkan seekor anak lembu berkepala dua sebagai satu 'keajaiban yang indah'.

Sobhy el-Ganzoury berkata kelahiran pada hari Sabtu lalu mengambil masa selama dua jam untuk melahirkan anak lembu luar biasa ini. Dia berkata kelahiran yang sukar ini menyebabkan kaki anak lembu ini lemah.

Menurut El-Ganzoury, doktor haiwan memaklumkan kepadanya anak lembunya berada dalam keadaan stabil dan dijangka akan hidup. Dia bercadang untuk membela binatang itu sebagai satu peringatan kepadanya "Tuhan mampu melakukan segalanya."

Anak lembu itu masih tidak boleh berdiri disebabkan oleh kepalanya yang berat dan kakinya yang masih lemah, ia diberikan air susu ibunya menggunakan botol.

Sumber : AP


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Bila Pagar Besi JKR Runtuh..

TAWAU, 4 Julai -- Anggota keluarga Yabu Lahabe, 67, tidak dapat menahan kesedihan semasa melihat jenazah Yabu yang bertutup dengan kain tuala di hadapan Jabatan Kerja Raya Tawau.

Seorang anggota keluarga menutup jenazah Yabu Lahabe, 67, dengan kain tuala di hadapan Jabatan Kerja Raya Tawau, Batu 4.


Warga emas, Yabu Lahabe, 67, maut setelah ditimpa pintu pagar besi di Jabatan Kerja Raya, Tawau, di Batu 4 Jalan Apas semalam. Yabu baru enam hari bertugas sebagai pengawal keselamatan di situ.

Macam-macam kemalangan di Malaysia. Lebih ironi, JKR sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam setiap spesifikasi pembinaan di Malaysia pun terdapat struktur bangunannya yang CAP AYAM. Walaupun sekadar pagar besi, namun ia boleh membunuh jika SPESIFIKASI tidak mencapai Malaysian Standard. Shaziman Mansor boleh kena saman ni...hehe.
:Author Faethal


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks