

KUALA SELANGOR, 30 Jun -- KREATIF... Orang ramai yang mahu kelainan sewaktu menjamu selera terutama pada waktu makan malam atau lewat malam boleh mengunjungi In Auto Bistro yang berkonsepkan "Halfcut Kereta" di Felda Bukit Cherakah, di sini hari ini.
Pemiliknya, Khairul Dzul Faizal Mohd Faizal, 30, merupakan anak peneroka Felda yang gigih mengusahakan bistro itu selain mempunyai sebuah bengkel membaiki kereta yang dibuka pada waktu siang.

KREATIF ... Replika hadapan kereta yang dipamerkan di In Auto Bistro yang berkonsepkan "Halfcut Kereta" di Felda Bukit Cherakah.
Kelihatan pengunjung sedang melayari internet di In Auto Bistro yang turut menyediakan intenet tanpa wayar percuma (WIFI).
Pelbagai jenis replika rangka hadapan kereta dipamerkan bagi menarik pelanggan mengunjungi kedai itu terutama peminat kereta-kereta sport. Antara kereta terbabit ialah Subaru, Mitsubishi Eterna, Nissan Skyline dan Mitsubishi Gallant VRM.


Kedai yang bermodalkan lebih RM45,000 itu dilengkapi kemudahan skrin TV besar, intenet tanpa wayar percuma (WIFI), surau dan tandas yang bersih.
Jenis menu yang dihidangkan menggunakan jenama dan versi sesebuah kereta seperti Sirap Type R, Rut Bir Mugen, Epai Hijau Enkei, Manggo Type S, Laksa Kedah Tiptronics, Roti Radiator dan Hot Dog Twincam.
Sumber : Bernama
Jika anda minat artikel ini :