Peter Geyer dan Andrea Parrish berjaya mengumpulkan hampir 400,000 tin, yang bernilai kira-kira USD3,800 (RM 12,000), untuk majlis perkahwinan mereka.
SPOKANE, Wash. — Pasangan daripada Spokane telah berjaya mengutip tin-tin aluminium yang secukupnya untuk membayar perbelanjaan bagi majlis perkahwinan mereka. Peter Geyer dan Andrea Parrish telah menganggarkan mereka perlu mengumpulkan hampir 400,000 tin, yang bernilai kira-kira USD3,800 (RM 12,000), untuk majlis perkahwinan mereka pada 31 Julai ini. Dengan bantuan 150,000 tin sumbangan daripada
Alcoa dan 73,000 tin daripada
United Recycling Services, mereka telah mencapai sasaran tersebut.

Pasangan itu meneruskan usaha mengumpul tin aluminium, dan kali ini untuk perbelanjaan berbulan madu mereka. Mereka juga merancang untuk menderma beberapa hasil kutipan mereka kepada
Doctors Without Borders dan
Rim Country Land Institute. Sumber : AP