“Saya mengesyaki apa mereka mahu (daripada tindakan menyaman) adalah bagi menjadikan isu ini sub judice dan dapat menghalang pengkritik daripada menyerang mereka berkaitan sesuatu isu. Ini adalah langkah bacul malah membuktikan kritikan-kritikan itu adalah wajar sepenuhnya.”Raja Petra KamarudinBekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan 'pukulan' kepada ahli-ahli politik yang memfailkan tuntutan mahkamah yang sah di sisi undang-undang untuk menentang pengkritik mereka dengan menggelar mereka sebagai pengecut.
Dalam penulisan terbaru di blognya, dia berkata tidak akan mendakwa pengarang Barry Wain, yang di dalam bukunya 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times' telah menulis dia melesapkan wang awam ketika beliau menjadi perdana menteri.
“Saya seorang ahli politik yang berhati-hati untuk mendakwa pengkritik, ” katanya.
“Saya mengesyaki apa mereka mahu (daripada tindakan menyaman) adalah bagi menjadikan isu ini sub judice dan dapat menghalang pengkritik daripada menyerang mereka berkaitan sesuatu isu. Ini adalah langkah bacul malah membuktikan kritikan-kritikan itu adalah wajar sepenuhnya.”
Dia mendesak orang ramai agar berwaspada terhadap ahli-ahli politik sedemikian, malah menuduh mereka hanya menghina kuasa mereka.
Katanya seorang ahli politik sepatutnya dapat menjawab sebarang kritikan tanpa membawanya ke mahkamah jika dia tidak bersalah.
Mahathir, semasa bertahun-tahun di tampuk kuasa juga pernah menggantung atau membatalkan lesen-lesen penerbitan, amalan kerajaan menutup terus penerbitan lebih kritikal lagi berbanding menuduh ahli-ahli politik menggunakan proses guaman untuk menutup kritikan.
-- Free Malaysia Today, 14 Jun 2010*************************************************
Jika anda minat artikel ini :