blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Aku,Lutfi & Ust Azhar Idrus

Monday, June 14, 2010
Ada dua program Ust Azhar Idrus semalam. Lepas Maghrib program Sesi Soal Jawab Agama di Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Sebelum bergerak sahabat-sahabat menjemput Ust Azhar dengan caravan di Hotel Selesa, Pasir Gudang sebelum Maghrib.











Antara jemaah di Masjid Air Biru. Banyak soal jawab yang dapat diusul dan dijelaskan oleh Ust Azhar. Antaranya masalah orang perempuan yang haid di dalam Masjid. Harus jika sekadar lalu di dalam masjid tetapi HARAM jika ia berhenti/duduk di dalam masjid.




Selepas Isyak program Tazkirah di Surau Al-Husna, Jln Suria, Bandar Sri Alam, Masai. Setibanya di sana ramai hadirin yang setia menunggu Ust. Azhar Idrus. Penuh hingga keluar surau.


Antara jemaah di Surau Al-Husna yang memenuhi diruangan solat.


Tajuk tazkirah malam semalam adalah 'SOMBONG'. Jangan sombong dengan tuhan, dengan masyarakat. Rupanya hanya ada sifat SOMBONG walau sebesar biji sawi boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka Jahannam.



Sahabat blogger Lutfi sempat bersalaman dengan Ust. Azhar selepas majlis tazkirah. Ramai juga jemaah mengambil peluang bersalam dan bergambar dengan ulama tersohor ni. Bukan senang Ust Azhar jejak kaki ke bumi Johor.


Aku dan Lutfi(kiri) juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama Ustaz Azhar Idrus.


Sebelum Ustaz Azhar pulang ke Terengganu malam tadi. Sempat juga bergambar bersama sahabat Mukmin Studio di hadapan Hotel Selesa (Ustaz Azhar dan aku duduk di hotel yang sama). Subuh esok ada Kuliah Subuh di Terengganu jadi Ust. Azhar gerak pulang ke Terengganu jam 1.00 pagi malam tadi bersama isteri dan 3 orang anaknya.

Begitulah hebatnya Ustaz Azhar Idrus berdakwah. Terima kasih kepada Haji Ibrahim (kiri sekali, orang kuat Mukmin Studio) yang sudi ajak join geng-geng Mukmin Studio semalam. Memang BEST!.








Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 4 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks