blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sekitar Muktamar PAS Ke-56

Friday, June 11, 2010

KOTA BAHARU, 11 Jun -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) beramah mesra dengan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (dua, kanan), Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kiri) ketika hadir pada Majlis Perasmian Muktamar PAS Ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini.


Barisan pemerhati politik daripada luar negara mendengar ucapan dasar daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis perasmian Muktamar Ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar merasmikan Muktamar ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini. Ucapan dasar itu bertemakan "Islam Adil untuk Semua".


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan telefon GSM Mobile Quran pada majlis perasmian Muktamar Pas Ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini hari ini. Turut sama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (kiri) dan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (kanan).


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) bersama dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) ketika melancarkan dinar emas pada majlis perasmian Muktamar Pas Ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini hari ini. Turut sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (tengah).

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Tidak Bagus Untuk Raja










Hari ini, saya tidak akan menulis berkaitan artikel Cheong hei. Hari ini berkenaan isu Chua Jui Meng yang dianugerahkan dua gelaran datuk ditarik balik oleh Istana Johor manakala seorang lagi rakyat Johor, Chua Soi Lek, tetap kekal gelaran Datuk Seri. Seorang bergandingan dengan pakatan pembangkang manakala seorang lagi ialah Presiden MCA. Anda tidak perlu menjadi genius untuk memahami mengapa perkara seperti ini terjadi.



Raja Petra Kamarudin

Malaysiakini seperti di dalam artikelnya berkaitan isu Chua Jui Meng yang diterik balik gelaran datuk oleh Istana Johor Istana. Seorang lagi Chua, Chua Soi Lek, Presiden MCA, tidak mengalami nasib yang sama. Dia langsung tidak mendapat sebarang masalah berkenaan gelaran Datuknya apabila beliau terlebih dahulu popular dengan satu video yang menimbulkan curiga dan akhirnya mengakui lelaki di dalam video itu adalah dirinya, “Ia kedengaran seperti saya, kelihatan seperti saya, tetapi terlalu hodoh untuk diri saya.”

Saya masih belum dapat mengesan apakah jenayah yang dilakukan oleh Chua Jui Meng sehingga menyebabkan gelarannya ditarik balik. Ia pastinya satu jenayah yang amat serius, dan kita akan mengetahuinya tidak lama lagi, agaknya.

Berdasarkan pengalaman lalu, datuk yang dihantar ke penjara kerana penipuan, penyalahgunaan, rasuah, pembunuhan, dan pelbagai lagi jenayah-jenayah yang serius tidak pernah ditarik balik gelaran datuk mereka. Berdasarkan ‘piawaian' ini, jenayah Chua Jui Meng semestinya lebih serius daripada penipuan, penyalahgunaan, rasuah, pembunuhan, dan entah apa lagi. Ia tidak boleh disebabkan hanya kerana dia melepaskan jawatan dari MCA dan bergandingan PKR melainkan tindakan ini dianggap lebih serius daripada penipuan, penyalahgunaan, rasuah, pembunuhan, dan lain-lain.

Saya berharap dan berdoa Chua Jui Meng akan disabitkan dengan satu jenayah paling jijik sekali -- lebih serius daripada penipuan, penyalahgunaan, rasuah, pembunuhan, atau apa sahaja. Jika tidak, ia hanya memberi tanda yang tidak baik untuk istana.

Seperti kebiasaannya, sungguh sukar untuk mempertahankan institusi pemerintahan beraja. Usaha dan kerja keras dilakukan bagi meyakinkan rakyat Malaysia untuk Malaysia terus mengekalkan pemerintahan beraja dan tidak bertukar menjadi sebuah negara republik setelah apa yang berlaku di Perak dimana peranan istana telah dianggap memainkan peranan dalam pengusiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Saya sering mengatakan yang kita tidak sepatutnya memansuhkan pemerintahan beraja hanya disebabkan oleh salah laku beberapa pemimpin. Ia sama seperti kita tidak boleh memansuhkan pasukan polis hanya kerana ramai kakitangan polis terlibat dalam jenayah dan menyebabkan pelbagai masalah, mereka sepatutnya melindungi rakyat. Tetapi keadaann nampaknya menjadi semakin rumit dan lebih sukar untuk saya berhujah dalam mempertahankan pemerintahan beraja.

Biarkan saya sekali lagi berkata walaupun telah banyak kali menyentuhnya sebelum ini. Masa depan pemerintahan beraja bergantung di dalam tangan pemerintah sendiri. Kelakuan pemerintah terhadap generasi ini akan menentukan sama ada generasi akan datang meminta pemerintahan beraja ditamatkan. Saya sudah tidak ada lagi ketika itu jadi ia tidak membimbangkan saya setidak-tidaknya. Jadi sama ada pemimpin pada generasi ini mahu melihat anak-anak lelaki mereka mmewarisi takhta berikutnya terpulang kepada kebijaksanaan mereka. Jika tidak mungkin tidak akan ada lagi mana-mana takhta untuk diserahkan.

*************************************************


Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng

Kuek Ser Kuang Keng & Regina Lee
Jun 10, 10


Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

"(Abdul Rahim) beritahu saya bahawa dua gelaran datuk saya telah ditarik balik," kata Chua kepada Malaysiakini hari ini.

Chua (gambar) sebelum ini menerima anugerah tersebut daripada Almarhum sultan Johor, Tuanku Mahmud Iskandar.

Anugerah berkenaan membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan juga 'Seri Paduka Mahkota Johor".

Chua juga berkata Abdul Rahim enggan memberitahunya sebab di sebalik pelucutan gelaran tersebut kerana istana tidak diwajibkan mendedahkannya.

Chua yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Terjemahan daripada artikal : Not good for the monarchy

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks