blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pengkebumian Syuhada Mavi Marmara

Friday, June 4, 2010
Ribuan rakyat menghadiri pengkebumian pada hari Khamis 3 Jun, 2010 di Istanbul untuk aktivis-aktivis yang terbunuh dalam serbuan IDF Isnin lalu.


http://media.npr.org/images/ap//AP_News_Wire:_Latest_Headlines/4_APTOPIX_Turkey_Israel_Palestinians.sff.jpg?t=1275653027
Seorang ahli keluarga mangsa Mavi Marmara menutup mukanya di atas salah satu keranda mangsa komando tentera laut Israel, sebelum dikebumikan di masjid Fatih di Istanbul, Turki, Khamis, 3 Jun, 2010.


http://media.npr.org/images/ap//AP_News_Wire:_Latest_Headlines/3_APTOPIX_Turkey_Israel_Palestinians.sff.jpg?t=1275653027
Seorang ahli keluarga mangsa yang kesedihan, semasa satu pengkebumian yang dihadiri lebih daripada 10.000 rakyat Turki di masjid Fatih di Istanbul.


http://media.npr.org/images/ap//AP_News_Wire:_Latest_Headlines/2_Turkey_Israel_Palestinians.sff.jpg?t=1275653027
Keranda mangsa Mavi Marmara yang terkorban diusung semasa majlis pengkebumian di masjid Fatih di Istanbul, Turki.


http://media.npr.org/images/ap//AP_News_Wire:_Latest_Headlines/15_Turkey_Israel_.sff.jpg?t=1275653031&s=51
Foto bertarikh Nov. 6, 2008 menunjukkan Furkan Dogan, warganegara Amerika yang telah dilahirkan di Amerika Syarikat pada 1991, salah seorang daripada sembilan aktivis yang terbunuh dalam serangan tentera Israel Isnin lalu. Jenazah Dogan diterbangkan ke kampung halaman di Kayseri untuk dikebumikan.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments

Perhimpunan Anti-Israel Di Muar Gagal?

Perhimpunan Anti-Israel yang pada awalnya akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, hanya dihadiri oleh wakil NGO JIM (Jamaah Islah Malaysia) sekitar 20 orang sahaja.

Dimaklumkan pembatalan ini oleh wakil Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail dan akan dipinda ke tarikh 18 Jun 2010. Alasannya adalah kerana ahli PAS Muar turut menyertai perhimpunan anti-Israel di Kg Baru dan tidak dapat menghantar wakil mereka bersama-sama dalam perhimpunan di Muar. Adakah kesemua ahli PAS Muar berhimpun di Kg Baru sehingga tiada langsung yang berada di Muar?.

Mengapa di tempat lain (Pulau Pinang, Kelantan) boleh juga diadakan perhimpunan yang sama sedangkan di Muar ia terpaksa dibatalkan kerana alasan itu. Pindaan tarikh juga dilihat terlalu lewat kerana isu peristiwa penahanan aktivis kemanusiaan Mavi Marmara sudah pun reda.

Sesuatu perlu dilakukan oleh PR Muar...
:Author Faethal







Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 7 comments

4 Roket al-Qassam Serang Israel

Roket Pejuang al-Qassam

Dua kawasan jajahan al-Qassam ,satu di kawasan Ashkelon dan satu berdekatan Sderot di pedalaman Semenanjung Gaza semakin tinggi ketegangan terhadap Israel berikutan serangan IDF ke atas flotila Isnin lalu.

Empat roket-roket Qassam telah dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke atas Israel pada petang Khamis semalam.

Tiga roket mendarat di kawasan terbuka di rantau Barat Negev dan satu lagi mendarat di dalam Semenanjung Gaza. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Tiga roket mendarat dalam wilayah Israel, satu melanda berdekatan Sderot manakala dua lagi di kawasan Ashkelon.

Pada Selasa lalu, pihak IAF menyerang pasukan pelancaran roket di Gaza utara, dan membunuh tiga pejuang Islam. Pada hari yang sama juga, IDF membunuh dua pejuang yang menceroboh ke dalam wilayah Israel berdekatan Kibbutz Nirim.




Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 1 comments

12 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Piala Dunia 2010

1. Negara manakah yang mempunyai peminat paling ramai di Piala Dunia 2010?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_21n.jpg
Amerika Syarikat! Di negara ini, orang memanggil bola sepak "soccer" dan bukannya "football". Bagaimanapun, ia tidak menghalang keghairahan para peminat Amerika – dilaporkan 160,000 tiket-tiket telah dijual di AS sehingga setakat ini.



2. Pasukan negara manakah merupakan negara terkecil di antara 32 negara-negara yang bertanding?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_41n.jpg
Slovenia! Dengan populasi penduduk hanya dua juta, Slovenia mempunyai satu pasukan kebangsaan yang mengagumkan: Mereka mengalahkan Rusia dan Republik Czech secara berturut-turut dalam perlawanan akhir peringkat Eropah dan juga mara dengan kehebatan di perlawanan-perlawanan yang akan datang.



3. Pasukan mana mendapat jaringan tertinggi di peringkat kelayakan?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_81n.jpg
England! Dalam kumpulan enam di Eropah enam, mereka menjaringkan 107 gol dan mencatat majoriti mereka dengan 34 mata.



4. Pasukan manakah mempunyai pertahanan terbaik di peringkat kelayakan?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_101n.jpg
Australia! Socceroo hanya melepaskan satu gol dalam lapan perlawanan kelayakan.



5. Siapakah penjaring terbanyak di peringkat kelayakan?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_131n.jpg
Theofanis Theofanis Gekas

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_51n.jpg
Humberto Sauzo

Theofanis Theofanis Gekas daripada Greece dan Humberto Sauzo daripada Chile. Kedua-keduanya mencatat 10 gol.



6. Siapakah pemain paling tua?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_71n.jpg
David James! Ini adalah kali ketiga penjaga gol Inggeris berumur 39 tahun bermain untuk Piala Dunia.



7. Siapakah pemain paling tua (tengah padang)?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_121n.jpg
Cuauhtemoc Blanci pemain veteran berumur 37 tahun dari pasukan kebangsaan Mexico. Dia telah muncul dalam Piala Dunia sebelum ini tiga kali, yang keempat jika tidak kerana kecederaan dia turut bermain untuk Piala Dunia 2006 di Jerman.



8. Siapakah pemain paling muda?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_11n.jpg
Tommy Oar yang berumur 18 tahun dari Australia akan membuat penampilan pertama di Piala Dunia Afrika Selatan.



9. Siapakah jurulatih paling tua?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_91n.jpg
Otto Rehhagel yang berumur 71 tahun telah memimpin Greece sejak awal abad ke-21.



10. Siapakah jurulatih paling muda?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_61n.jpg
Vladimir Weiss, jurulatih berumur 45 tahun dari Slovakia, bermain dalam Piala Dunia 1990 mewakili Czechoslovakia.



11. Siapakah pemain paling tinggi?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_111n.jpg
Nikola Zigic dari Serbia dengan ketinggian 2.03m merupakan pemain paling tinggi dalam pertandingan kali ini.



12. Pasukan manakah memegang rekod memenangi Piala Dunia?

http://news.xinhuanet.com/english2010/sports/2010-06/03/13330914_31n.jpg
Pastinya Brazil! Mereka memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali.

Mereka telah layak untuk setiap kali pertandingan, dengan 19 kali layak.(setiap perlawanan setakat ini, satu-satunya negara yang berjaya berbuat demikian).

Brazil telah muncul tujuh dalam perlawanan akhir, sama seperti Jerman tetapi memenangi lima peringkat akhir berbanding Jerman tiga kali menang.

Pasukan Brazil 1964 telah menang paling banyak bagi setiap buah negara.

Brazil telah menjaringkan 201 gol dalam Piala Dunia.



Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks