blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

"Saya Mahu Syahid": Aktivis Mavi Marmara

Thursday, June 3, 2010

Dalam usaha terbaru Israel untuk memenangi kembali sokongan dunia selepas membunuh aktivis kemanusiaan pro Palestin dalam satu serbuan di tengah lautan pada Isnin lalu, IDF telah menyiarkan satu video aktivis kemanusiaan Gaza yang memberitahu hasratnya untuk menjadi syahid.

Israel memintas satu konvoi enam bot di perairan antarabangsa kira-kira 60 batu luar pesisiran keika awal pagi Isnin. Komando-komando yang dilengkapi dengan peralatan rusuhan mendakwa sepatutnya ia hanyalah satu operasi biasa menentang sesiapa yang mencabar sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Sebaliknya askar-askar Israel menerima tentangan yang hebat dan akhirnya mengakibatkan tembakan. Aktivis-aktivis mendakwa tujuan kedatangan mereka dengan aman - tetapi IDF, serta sesetengah penganalisis, mendakwa terdapatnya kaitan di antara salah satu kumpulan kebajikan di Turki yang membiayai flotila dan turut membiayai kumpulan al-Qaeda.

Tentera IDF pada hari Rabu lalu memasukkan video ini di web YouTube bagi menyokong dakwaan mereka : LIHAT VIDEO


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Budak Penyu Semakin Pulih

Dibuli ... Hali mempunyai kulit belakang yang tebal seakan cengkerang penyu.

Seorang budak lelaki yang digelar budak penyu oleh pembuli-pembulinya boleh memulakan satu kehidupan baru selepas cengkerang kulit keras di belakang badannya telah dibuang.

Maimaiti Hali, 8 tahun, menjalani pembedahan selama dua jam untuk membuang kulitnya yang mengalami mutasi pertumbuhan.

Ayah kanak-kanak malang ini berkata: "Kami telah dimaklumkan pembedahan ini tidak mungkin dapat dilakukan ketika usianya sangat muda, jadi kami menunggu. Tetapi pertumbuhan kulitnya semakin besar dan lebih keras menjadi seperti cengkerang penyu. "Masyarakat sekeliling sering membulinya dan kami memutuskan untuk menamatkannya. Dia sesungguhnya seorang budak lelaki yang berani, baik dan dia tidak pernah mengadu. Kami sungguh gembira dia kini semakin sembuh."
Pasukan perubatan di Hospital Besar Tentera Urumqi berkata mereka telah membuang ketumbuhan itu dan digantikan dengan cantuman-cantuman kulit dari kulit kepala dan kaki Hali.

Ketua pakar bedah Ye Xiangpo berkata: "Kulit yang telah kami buang setebal kulit seladang jantan.
"Kami menggunakan rambut di kepalanya kerana ia tumbuh kembali dengan cepat. Kami menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya."

Hali berasal daripada Heping, utara China, menambah: "Ia sakit sedikit, tetapi saya tidak bimbang jikq kanak-kanak lain mentertawakan saya lagi. "Saya berharap untuk keluar ketika waktu siang tanpa baju dan pergi berenang dengan rakan-rakan saya."



Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks