Rakyat Palestin membawa barang-barang kepunyaan mereka menuju ke arah lintasan sempadan yang baru dibuka untuk menyeberangi ke Mesir di Rafah.Mesir akhirnya membuka sempadannya dengan Semenanjung Gaza pada Selasa (semalam), dan membiarkan rakyat Palestin menyeberanginya sehingga notis selanjutnya. Ianya dibuat ketika masyarakat antarabangsa mengkritik sekatan dan serangan Israel terhadap bantuan kemanusiaan baru-baru ini, pegawai-pegawai di Mesir dan Gaza turut mengesahkannya.
Langkah ini diambil setelah Pergerakan Islam Hamas kuat mendesak larangan yang dikuatkuasakan oleh Mesir. Berita ini menyebabkan orang ramai bergerak ke pusat lintasan di bandar selatan Semenanjung Gaza, Rafah walaupun kebanyakan pintu gerbang masih lagi belum dibuka.
Inilah satu-satunya sempadan Gaza yang tidak dikawal sepenuhnya oleh Israel. Kaherah yang berkoordinasi dengan Israel, telah membuka laluannya dengan kawalan sejak Hamas, yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan pembangkang Mesir, menguasai kawalan di Gaza tiga tahun lalu.
Laluan bantuan yang kekal sebenarnya terletak di bawah sempadan padang pasir, iaitu ratusan terowong-terowong seludup, menjadi satu kekuatan utama bagi Hamas dan menjadi satu pukulan pula kepada usaha-usaha Israel dan sekutu-sekutu Baratnya yang kuat berusaha untuk melumpuhkan puak-puak Islam.
Kementerian Pendalaman yang dipegang oleh Hamas sejak ia merampas kawalan Semenanjung Gaza daripada Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Jun 2007 dalam satu kenyataannya berkata:
"Lintasan Rafah dibuka setiap hari dari 9 am. hingga 7 pm.". Sejak Hamas mengambil alih, Mesir telah membuka lintasannya sekali-sekala dan dengan sekatan-sekatan yang ketat.
Sumber keselamatan daripada Mesir pula memberitahu Reuters:
"Mesir membuka sempadannya dengan Semenanjung Gaza sejak hari Selasa bagi membenarkan bantuan kemanusiaan dan bantuan perubatan untuk memasuki Semenanjung Gaza.""Sempadan akan kekal dibuka tanpa had masa, " sumber turut menambah, membiarkan rakyat Palestin keluar dan masuk Mesir.
Manakala konvoi bantuan di Mesir mempunyai had masa yang terbatas dan akan dibenarkan untuk menggunakan lintasan, tertakluk kepada had yang dibenarkan oleh Kaherah untuk membawa makanan dan bekalan perubatan.
"Bahan-bahan kasar" -- seperti keluli dan konkrit yang penduduk Gaza perlukan untuk memperbaiki kerosakan daripada serangan Israel sejak tahun lepas -- terpaksa melalui Israel, menurut sumber daripada Mesir. Israel membuktikan ketegasan arahan mereka berikutan serangan ke atas konvoi bantuan yang disokong Turki pada Isnin lalu dan ia tidak akan meringankan larangannya itu.
Jika anda minat artikel ini :