
KOTA BAHARU, 28 Mei -- Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin (tengah) bersama barisan exconya melaungkan 'Reformasi' pada Kongres Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) menyampaikan ucapan pada Kongres Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini.
Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali (dua,kiri) bersama dengan Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) dan Ketua Wanita Zuraidah Kamaruddin (kanan) bersama memalu rebana ubi sebagai tanda perasmian Kongres Wanita Dan Angkatan Muda Keadilan.
Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali (tengah) bersalaman dengan orang ramai ketika hadir merasmikan Kongres Wanita Dan Angkatan Muda Keadilan.
Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali (tengah) mengadakan sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita Dan Angkatan Muda Keadilan di sini malam tadi. Turut hadir sama, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) dan Ketua Wanita Zuraidah Kamaruddin (dua, kanan).
Jika anda minat artikel ini :