blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Belilah Anak Saya

Thursday, May 27, 2010
Untuk di jual....budak lelaki yang ketakutan ini diikat pada sebuah tiang lampu.

Seorang ayah telah merantai anak lelakinya yang berusia lapan tahun pada sebuah tiang lampu dan cuba melelong anaknya kepada orang awam.

Yong Tsui menawarkan anaknya yang dalam keadaan ketakutan sebagai seorang hamba abdi kerana beliau mahu lepas daripada menyaranya.

Dia memasang sebuah meja dengan papan tanda, berikan nama dan umur serta lihatlah kemampuannya untuk berkerja keras.

Pejalan kaki yang marah dengan tindakan ini mula menyerang bapa kanak-kanak malang itu.

Tetapi apabila pembida-pembida mula bertanyakan berapa banyakkah budak lelaki ini makan dalam sehari, pemerhati yang marah mula menyerang bapa kanak-kanak malang itu.

Budak lelaki itu kini di bawah penjagaan pihak Polis di Wuhan, China.

Yong berkata ibu budak lelaki itu telah mati tiga tahun yang lalu dan dia tidak mampu untuk menjaganya.

Seorang pegawai berkata: "Bapanya tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tidak menpunyai tempat tinggal dan wang. Dia kata dia menjual anaknya bukan kerana wang tetapi hanya untuk mencari tempat tinggal bagi anaknya itu."

Yong juga berkata dia terpengaruh dengan berita seorang kanak-kanak Cina berumur dua tahun yang berada dalam penjagaan pihak berkuasa selepas ibu bapanya merantai anaknya ketika mereka bekerja.

Sumber : The Sun

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 5 comments

Gara Letup ATM,Satu Bank Musnah



Perompak bank yang cuba untuk meletupkan sebuah mesin tunai (ATM) terkejut dengan akibat daripada perbuatan mereka itu - apabila mereka meletupkan keseluruhan bank itu.

Kesemua mesin ATM masih utuh selepas letupan itu - dan geng perompak itu akhirnya terpaksa melarikan diri dengan tangan kosong.

Penduduk di Mecklenburg, Jerman, yang dikejutkan oleh letupan itu pada tengah malam melihat keseluruhan bangunan itu hampir ranap.

"Letupan itu sungguh kuat, kami sangkakan ianya adalah nahas kapal terbang," menurut seorang penduduk.

"Sebaik saja debu semakin nipis, bank kelihatan telah hilang sepenuhnya, beberapa kereta-kereta turut musnah tetapi mesin ATM masih selamat di situ."

Sumber : web.orange.co.uk


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks