Ardi Rizal asyik menyedut asap rokok.
Sambil bermain pun rokok tidak dilepaskannya.Gambar-gambar mengejutkan menunjukkan seorang kanak-kanan Ardi Rizal - yang akan membuat perangai jika dia tidak dapat merokok sebanyak 40 batang sehari.
Kanak-kanak berumur dua tahun ini mula ketagih rokok sejak bapanya Mohammed memberinya sesedut rokok ketika berusia 18 bulan.
Ibunya Diana, 26, sambil menangis: "dia betul-betul ketagih. Jika dia tidak dapat rokok, dia akan menjerit,marah dan menghentam kepalanya pada dinding. Dia memberitahu saya dia merasa pening dan sakit jika tidak mendapat rokok."
Ardi hanya merokok satu jenama sahaja dan tabiatnya itu bernilai RM20 sehari di Musi Banyuasin, Indonesia.
Pegawai berkuasa ada menawarkan keluarganya sebuah kereta jika dia boleh berhenti merokok.
Bagaimanpun penjual ikan, Mohammed, 30, berkata: "Dia kelihatan agak sihat pada saya. Saya tidak nampak sebarang masalah."
Sumber : The Sun
Jika anda minat artikel ini :