blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Rayuan Sapiah

Monday, May 24, 2010
JOHOR BAHARU, 24 Mei -- Sapiah Elah, 52, dari Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, menunjukkan gambar anaknya Mohd Afham Arin, 18, yang meninggal dunia akibat ditembak polis pada awal pagi, 20 Oktober tahun lepas ketika sidang media yang diaturkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor, di sini hari ini.

Sapiah meminta satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian anaknya itu.
Turut kelihatan rakan mangsa Mohd Firdaus Marsani, 19, (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai kejadian tersebut.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Detik Dagu Matador Ditusuk Tanduk Lembu

Sehari selepas matador terkenal dari Sepanyol, Julio Aparicio menunjukkan kehebatannya dengan memotong telinga dua ekor lembu-lembu jantan yang ditewaskannya, seekor daripada lembu jantan telah dapat membalas dendam dengan menikam matador itu dengan tanduknya menembusi kerongkongnya dan keluar ke mulutnya.


Matador Sepanyol, Julio Aparicio dirodok oleh seekor lembu jantan semasa satu laga lembu San Isidro Feria di arena laga lembu Las Ventas di Madrid.


Aparicio memegang mantel merahnya dan pedang terhunus keluar dia cuba untuk menjatuhkan binatang seberat 1,100-pound dinamakan Opiparo. Ketika matador hilang keimbangannya lembu jantan itu berupaya menusuk tanduknya pada matador.


"Tanduk melalui lidah dan menembusi lelangit, mematahkan tulang rahang atasnya", menurut laporan pasukan medik yang merawat Aparicio selepas kemalangan ngeri memberitahu AFP di Madrid.


Matador kelahiran Seville, yang berasal dari sebuah keluarga matador terkenal, berada dalam keadaan kritikal tetapi dijangka dapat bertahan semalam.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks