blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Adun Parit Raja Diserang Sakit Jantung

Sunday, May 23, 2010

JOHOR BAHRU: Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51 dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam selepas mengadu sakit dada.

Serangan jantung itu dipercayai berlaku ketika Abd Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja menghadiri tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Bazar JB semalam.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Ali Hassan, berkata Abd Aziz mengadu sakit badan dan dada semasa mereka berbual-bual selepas tinjauan mesra itu.
"Dia kata dia tak sedap badan. Saya tak sangka ia jadi macam tu," kata beliau.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Khairi Yakub ketika dihubungi hari ini tidak dapat mengulas lanjut mengenai kesihatan beliau.

Sumber - Bernama



Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Sambutan Hari GAY DI Romania

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-05/23/13310398_11n.jpg

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-05/23/13310397_11n.jpg

Orang ramai menghadiri "Perarakan Diversity" atau Gay Pride Parade di Bucharest, ibu negara Romania pada 22 Mei, 2010, sebagai sebahagian daripada sambutan edisi ketujuh untuk GayFest. Edisi ketujuh GayFest ini berlangsung daripada 17 hingga 22 Mei dan terdapat satu galeri foto sejarah untuk LGBT (lesbian, gay, biseksual, transeksual), filem-filem, bengkel-bengkel, konsert-konsert, parti-parti, persembahan drama dan "Perarakan Diversity".


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-05/23/13310396_11n.jpg

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-05/23/13310395_11n.jpg

Penduduk Noua Dreapta (New Right) mengadakan satu perarakan anti hubungan sejenis di Bucharest, ibu negara Romania pada 22 Mei, 2010, perarakan ini diadakan lebih awal daripada "Perarakan Diversity" dan menentang edisi ketujuh GayFest.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks