Satu makhluk aneh dengan berbulu seluruh badan kecuali kepala, kaki dan muka telah muncul di sebuah bandar kecil di Kanada, menurut laporan media.
Ia telah ditemui oleh dua orang jururawat dibandar Kitchenuhmaykoosib, Ontario, Kanada, ketika mereka keluar bersiar-siar dengan anjing mereka. Mereka berdua telah mengambil beberapa foto haiwan misteri yang telah mati itu setelah ditarik keluar oleh anjing mereka dari sebuah tasik, kemudian mereka meninggalkannya begitu sahaja.
Apabila penduduk tempatan datang kembali untuk mendapatkan semula haiwan itu, ia telah hilang.
Gambar-gambar yang diambil oleh jururawat-jururawat itu telah diletakkan pada sebuah laman web tempatan dan kemudiannya telah mencetuskan spekulasi besar-besaran tentang apakah jenis spesies haiwan aneh ini.
Ramai orang telah mengatakan binatang ini adalah makhluk baru "Raksasa Montauk" - berdasarkan persamaan-persamaan di antara gambar-gambar ini dengan seekor lagi makhluk aneh yang pernah hanyut di Montauk, New York, pada 2008.
Sumber : AgenciesJika anda minat artikel ini :