blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Peluru Dalam Rusuk Kiri

Wednesday, May 19, 2010
SHAH ALAM, 19 Mei -- Shahril Azlan Ahmad Kamil menunjuk imej yang didakwa sebagai peluru yang tertusuk di rusuk kirinya akibat ditembak anggota polis ke atasnya di Seksyen 7, Shah Alam di sini, 16 April tahun lepas kepada jurugambar selepas membuat aduan polis kali kedua di Ibupejabat Polis Daerah di sini, hari ini.

Shahril Azlan Ahmad Kamil melihat gambar yang didakwa sebagai x-ray yang mengesahkan mengandungi sebutir peluru tertanam di rusuk kirinya akibat tembakan anggota polis di Seksyen 7 Shah Alam, 16 April tahun lepas kepada jurugambar selepas membuat aduan polis kali kedua di Ibupejabat Polis Daerah di sini, hari ini.
Shahril Azlan mendakwa sehingga ini polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporan pertama yang dibuat bapanya sehari selepas kejadian.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Bom Lama Di Baling

BALING, 19 Mei -- BOM ... Dua biji bom tangan lama dipercayai digunakan pada zaman darurat yang ditemui tertanam ditepi tebing sungai kecil dalam kawasan FELCRA Weng berdekatan Kampung Carok Bunting, Siong 6 petang semalam. Kedua-dua bom yang masih aktif itu sudah dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Bekas tentera, Yusni Osman, 44, dari kampung Carok Bunting, Siong menunjukkan dua biji bom tangan lama yang dijumpai tertanam dalam tanah di tebing sungai kecil dalam kawasan FELCRA Weng berdekatan Kampung Carok Bunting, Siong pukul 6 petang semalam.


Pesara tentera Yusni Osman (kiri) menunjukkan tebing sungai kecil tempat di mana beliau dan adiknya Mohd Ridzuan menemui bom tangan lama dipercayai peninggalan zaman darurat tertanam, di sini, hari ini.

Kedua-dua bom tangan itu tertanam dalam kawasan FELCRA Weng berdekatan Kampung Carok Bunting, Siong 6 petang semalam semasa mereka dua beradik mencangkul tanah untuk meruntuhkan tebing sungai berkenaan.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks