blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Seperti Yang Anda Lihat :RPK

Monday, May 17, 2010









Apa pun anggapan anda di atas keputusan pilihanraya kecil semalam, kenyataannya adalah Pakatan Rakyat memenanginya disebalik sejumlah wang ganjaran besar-besaran yang dijanjikan sebagai satu anugerah jika Barisan Nasional menang, anda boleh membeli sesetengah orang setiap masa, boleh membeli setiap orang sesetengah masa, tetapi anda tidak boleh membeli semua orang pada setiap masa.


Raja Petra Kamarudin

Bagaimanakah hasil keputusan pilihan raya kecil Sibu dilaporkan? Biarkan saya menerangkan dari pelbagai arah, seperti mana Shakespeare pernah berkata.

1. BN gagal mempertahankan Sibu.
2. Para pengundi Sibu, terima kasih di atas keajaiban ini.
3. Wakil DAP, Wong Ho Leng menang pilihan raya kecil Sibu.
4. DAP merampas kerusi parlimen Sibu.
5. 'Tsunami politik' akhirnya sampai Malaysia Barat.
6. Wakeup call di atas politik Sarawak
7. David menjatuhkan Goliath.
8. DAP menang.
9. DAP tumbangankan BN (DAP memusnahkan / menjatuhkan BN)
10. DAP mengambil Sibu.
11. DAP merampas Sibu dari BN.
12. BN kehilangan Sibu.
13. Tahniah Sibu.
14. Kekalahan mengejut kepada Barisan.
15. Umno mendapat tamparan kedua.
16. Barisan gagal membeli undi pilihanraya.
17. Tahniah DAP, dan Cina!.
18. Sibu membuktikan rakyat kuasa keramat.
19. Kemenangan Wong pemangkin agenda selamatkan Malaysia (Kemenangan Wong ialah platform untuk agenda penjimatan Malaysia).
20. Rakyat Sibu buktikan BN tidak lagi relevan (Warganegara Sibu membuktikan BN tidak lagi relevan).

Saya memilih 20 tajuk-tajuk utama di atas secara rambang dan tanpa berdasarkan apa-apa aturan keutamaan tertentu. Terdapat lebih banyak lagi, sudah tentu, tetapi saya hanya hendak tunjukan kebanyakan Blog prokerajaan, blog propembangkang, dan surat khabar aliran utama memikirkan tajuk-tajuk utama yang sesuai hari ini.

Sekarang, melihat pada tajuk-tajuk utama, anda boleh hampir meneka apa kandungan laporan yang akan diperkatakan. Tajuk-tajuk utama juga memperlihatkan kepada anda kecondongan sokongan politik mereka.

Bagi mereka yang berfikir Barisan Nasional itu tidak sepatutnya kalah. Mereka menggunakan kata-kata seperti ‘kejutan', ‘keajaiban', ‘gagal', dan sebagainya.

Terdapat juga mereka yang berasa Pakatan Rakyat itu tidak memenangi kerusi Sibu tetapi Barisan Nasional itu kehilangannya akan menggunakan kata-kata seperti ‘kehilangan', ‘kekalahan', dan sebagainya.

Dan lagi, bagi mereka yang berasa para pengundi sebenarnya mahukan Barisan Nasional tetapi mengundi Pakatan Rakyat bertujuan untuk mengajar pemerintah, ini adalah satu pengajaran atau satu pesanan. Jadi mereka menggunakan kata-kata seperti ‘wakeup call', ‘tamparan kedua', dan sebagainya.

Akhirnya, bagi merekan yang beranggapan pilihan raya kecil Sibu ini satu kemenangan kepada pihak lawan dan kata-kata yang mereka biasa gunakan ialah ‘kejayaan', ‘Tsunami politik', ‘tahniah', ‘rampas', 'ambil', dan entah apa lagi.

Pada asasnya, adakah Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya kecil Sibu atau Barisan Nasional yang kehilangannya? Tidak, ia tidak sama. Jika Pakatan Rakyat memenanginya ia adalah atas usaha atau khidmat baik Pakatan Rakyat. Jika Barisan Nasional kehilangannya bermakna adalah kerana kurangnya usaha atau kesilapan strategi oleh Barisan Nasional.

Ringkasnya, adakah Pakatan Rakyat yang menjaringkant gol atau Barisan Nasional yang menjaringkan gol sendiri?.

Ada yang berhujah yang anda tidak memenanginya. Ia adalah kerana saya melakukan sesuatu kesilapan yang membenarkan anda untuk memenanginya. Oleh itu, saya sebenarnya kalah tetapi bukan anda yang menang.

Bagaimana anda melihat hasil keputusan pilihanraya kecil Sibu semalam bergantung kepada di mana sokongan atau simpati anda. Jika anda ialah pro Pakatan Rakyat, maka anda akan berkata Pakatan Rakyat menang. Tetapi jika anda pro Barisan Nasional anda akan berkata Barisan Nasional kehilangan kerusi. Kemudian sekali lagi, jika anda tidak menyebelahi mana-mana pihak, anda akan berkata penduduk Sibu atau para pengundi yang menang.

Sudah tentu, terdapat mereka yang tidak mengkreditkan keputusan pilihan raya kecil untuk mana-mana pihak. Sebaliknya, mereka menyalahkan Rosmah untuk kekalahan Barisan Nasional, atau kemenangan Pakatan Rakyat -- mana-mana yang anda suka. Dan mereka menyalahkan Rosmah kerana berdiri di atas pentas menyanyikan lagu untuk para pengundi (lihat laporan Bernama di bawah). Dan selepas itu orang ramai mengalami penderaan mental yang teruk lalu memutuskan untuk mengusir keluar Barisan Nasional supaya mereka terlepas daripada penganiayaan selanjutnya.

Apa pun anggapan anda di atas keputusan pilihanraya kecil semalam, kenyataannya adalah Pakatan Rakyat memenanginya disebalik sejumlah wang ganjaran besar-besaran yang dijanjikan sebagai satu anugerah jika Barisan Nasional menang, anda boleh membeli sesetengah orang setiap masa, boleh membeli setiap orang sesetengah masa, tetapi anda tidak boleh membeli semua orang pada setiap masa.

*************************************************


Rosmah Hibur Rakyat Di Sibu Gateway

SIBU: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi kejutan kepada kira-kira 3,000 orang yang berhimpun di Sibu Gateway malam ini, apabila beliau turut tampil mendendangkan lagu semasa sesi bertemu rakyat tersebut.

Beliau secara sporting menerima jemputan untuk menyanyi dan telah menyampaikan dua buah lagu termasuk sebuah lagu Mandarin, selepas sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak selesai berucap.

Yang turut menghiburkan orang ramai ialah artis bersuara emas, Jamal Abdillah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Sibu, Robert Lau Hui Yew turut hadir pada majlis tersebut. -BERNAMA





Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Lagi Polis Label Remaja Penjenayah

TAWAU, 16 Mei -- MINTA PENJELASAN... Seorang wartawan akhbar tabloid "Tanjung Metro", Mohamad Yusup Lewah, 49, menunjukkan keratan akhbar yang melaporkan kes kematian anaknya pada Jumaat lepas, di sini hari ini.

Beliau meminta polis memberi penjelasan kenapa anaknya Shyril Azlan, 19, yang mati lemas selepas terjun ke dalam bekas lombong berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Intan Baiduri di Kepong, Kuala Lumpur untuk mengelak diberkas polis, boleh dilabel sebagai penjenayah.




Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks