SPR umumkan 2537 pengundi POS sudah membuang undi di Sibu. Sekarang jumlah pengundi sudah bertambah kepada 2809 pula.
Peratus keluar mengundi pula diumumkan pada jam 5.00 ptg tadi adalah 59%. Tetapi sekarang peratusan keluar mengundi sudah bertambah kepada 60% lebih.
Statistik yang berubah ini dipercayai kerana DAP mendapat jumlah undi yang tinggi berbanding jangkaan awal BN.
Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.
Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang keseluruhan dengan majoriti 300 undi.
Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.
"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya
Jika anda minat artikel ini :