
Zul bersetuju membuat perjanjian, dan Najib mengarahkan Aziz untuk menarik balik petisyen pilihan raya. Aziz rasa bagai nak gila (dia tahu Zul sudah tiada peluang) tetapi dia tidak mempunyai pilihan dalam perkara itu. Dia dengan berat hati menarik balik petisyen pilihan raya dan Zul telah diselamatkan. Tetapi kini kerja-kerja Zul hanyalah untuk Umno, tidak lagi untuk Pakatan Rakyat. Raja Petra Kamarudin
Isunya mudah, sebenarnya. Setiap calon yang bertanding pilihanraya untuk negeri dan parlimen patut untuk menfail satu salinan penyata akaun masing-masing atau kenyataan perbelanjaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini untuk memastikan supaya tiada satu melanggar Election Offences Act dengan membelanjakan lebih daripada RM100,000 untuk satu kerusi negeri dan RM200,000 untuk satu kerusi parlimen.
Jika anda gagal untuk menfailkan penyata akaun anda / perbelanjaan atau kenyataan anda menunjukkan anda telah membelanjakan lebih daripada angka yang diperakui atau kenyataan anda terdapat kesilapan, contohnya kebanyakan perbelanjaan anda tidak terdapat dalam kenyataan anda, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh menolak anda.
Ringkasnya, anda telah kehilangan kerusi anda.
Zulkifli Noordin, calon PKR yang memenangi kerusi parlimen Kulim dalam pilihanraya umum 2008, tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaanya untuk pilihanraya umum 2004. Dan calon UMNO yang tewas, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, mempunyai bukti ini. Jadi Aziz memfailkan satu petisyen pilihan raya untuk meminta mahkamah untuk menolak Zul. (Ingatkah anda pada Aziz, lelaki yang hendak musnahkan Selangor Chinese Assembly Hall kira-kira sepuluh tahun lepas?)
Zul panik. Jadi dia dengan cepat mengubah satu daripada akaun alirannya dengan dokumen-dokumen palsu dan bil-bil untuk menutup kesnya di mahkamah. Malangnya, penipuan Zul dapat dikesan. Kini ia bukan lagi satu perkara kecil kerana gagal untuk memfailkan penyata akaunnya, yang hanya sekadar menyebabkan penyingkiran kerusi. Kini ia adalah satu kes penipuan, satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara.
Perdana Menteri melihat ini merupakan satu peluang keemasan daripada masalah Zul. Zul telah ditangkap dalam keadaan dia tercungap-cungap hendak jatuh. Jadi PM bertemu Zul untuk mengadakan satu perbincangan dan memberitahu kehendak Umno itu menarik balik petisyen pilihan raya dan tolong menyelamatkannya. Tetapi pertama sekali dia mesti bersetuju dengan satu perjanjian. Dan perjanjian tersebut adalah: Zul tidak perlu masuk penjara, tetapi dia perlu memastikan Kedah kembali kepada Barisan Nasional.
Ringkasnya, Zul dikehendaki memainkan peranan sebagai kuda Trojan UMNO dalam Pakatan Rakyat.
Zul bersetuju dengan perjanjian itu dan PM mengarahkan Aziz untuk menarik balik petisyen pilihan raya. Aziz rasa bagai nak gila (dia tahu Zul sudah tiada peluang) tetapi dia tidak mempunyai pilihan dalam perkara itu. Dia dengan berat hati menarik balik petisyen pilihan raya dan Zul telah diselamatkan. Tetapi kini kerja-kerja Zul hanyalah untuk Umno, tidak lagi untuk Pakatan Rakyat.
Kini anda boleh faham mengapa Zul melakukan perkara-perkara yang dia sedang lakukan? Tidak peliklah jika Zul berkelakuan ganjil dan melakukan semua perkara yang merosakkan pembangkang. Tetapi itulah yang terkandung dalam perjanjian. Jika Kedah jatuh, Zul telah melunaskan tugas-tugasnya dan dia kemudiannya boleh secara rasmi menyertai UMNO.
Bila anda menipu untu menutup satu penipuan yang lain anda akhirnya akan ditangkap. Dan Zul sudahpun tertangkap. Jika dia tidak cuba menutup kesilapannya dengan memalsukan penyata akaunnya, dia hanya akan kehilangan kerusi. Tetapi kerana dia memalsukan penyata akaunnya ia kini lebih daripada sekadar kehilangan kerusi. Ia penipuan. Dan jenayah penipuan lebih serius. Anda boleh masuk penjara.
Umno sememangnya sukakan penjenayah. Penjenayah-penjenayah boleh digunakan. Dan kerana Zul membuat kesilapan melakukan satu jenayah, UMNO berupaya menggunakan dia. Dan UMNO terus menggunakannya, dan terus menggunakannya.
*************************************************
Jika anda minat artikel ini :