
Sejak beberapa minggu lalu, media utama akan tertumpu sepenuhnya pada butir-butir sensasi perbicaraan liwat ke II Anwar Ibrahim. Dan ia kelihatan seakan-akan déjà vu kepada perbicaraan liwat I.
Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seksual secara sukarela. Dalam banyak negara, seks antara dua orang-orang dewasa yang suka sama suka (atau lebih daripada dua orang pada masa yang sama, seperti umpama dalam satu pesta liar) bukanlah satu jenayah. Jika tidak dengan kerelaan, ia adalah rogol, dan rogol adalah satu jenayah di mana-mana saja.
Menurut kepada pertuduhan, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersetuju untuk diliwat. Jadi Anwar dituduh berdasarkan itu.
Tunggu sebentar seminit! Jika Saiful sukarela untuk diliwat, mengapa dia tidak didakwa (atau juga dituduh)? Lihat kembali pada 1998, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan Dr Munawar Ahmad Anees juga dikenakan pertuduhan kerana melakukan hubungan seksual secara sukarela. Tetapi hanya mereka berdua inilah -- yang dikatakan telah melakukan hubungan seksual dengan sukarela -- telah dituduh, telah didakwa, dan didapati bersalah, lalu dihantar ke penjara selama enam bulan. Anwar, bagaimanapun, tidak didakwa (yang dikatakan peliwat).
Dalam kes Liwat II, ia berlaku dengan cara yang berbeza. Kali ini Anwar yang dikatakan telah melakukan kesalahan itu telah dituduh berbanding seperti yang terjadi pada 1998.
Ringkasnya, pada 1998, mangsa liwat telah didakwa, bukan peliwat yang didakwa. Hari ini, peliwat yang telah didakwa, bukannya mangsa liwat. Tidak diliwat bermakna ia dilakukan dengan sukarela, adakah bermakna kedua-dua mereka bersalah?
Bagaimanapun, ia bukan lagi perkara penting kerana Saiful berkata yang ianya bukanlah hubungan seksual dengan kerelaannya, tetapi rogol. Saiful berkata di mahkamah yang dia tidak pernah bersetujui untuk diliwat. Bermakna Anwar telah memaksa Saiful dan merogolnya.
Tetapi polis tidak membenarkan mahkamah untuk melihat laporan polis Saiful. Apa dia sebenarnya kenyataan Saiful apabila polis merekodkan kenyataannya? Adakah kenyataannya konsisten dengan keterangan terbarunya, sama seperti pertuduhan? Atau mereka menuduh Anwar untuk sesuatu yang berbeza daripada kenyataan Saiful kepada polis?
Sekarang, anggaplah Anwar didakwa sama seperti kenyataan Saiful kepada polis -- melakukan hubungan seksual dengan kerelaannya. Nah! ini bermakna Saiful telah berbohong di mahkamah apabila beliau berkata yang dia tidak rela ketika melakukan hubungan seksual, malah dia menuduh Anwar memaksanya. Ini bukan sahaja membuatkan seorang saksi tidak boleh dipercayai dan keterangannya perlu ditolak, tetapi ia juga bermakna Saiful telah melakukan angkat sumpah bohong, dimana ia adalah satu jenayah yang serius. Dan dia boleh dipenjarakan untuk itu.
Ini sudah kacau!.
Kini, ketika kesilapan besar ini heboh diperkatakan, dan seluruh media ditumpukan pada perbicaraan Liwat II, SPRM berharap ia dengan senyap akan menutup kes Rosli Dahlan, yang telah mendedahkan satu lagi perancangan IGP Musa Hassan untuk menentang bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Dato' Ramli Yusuff.
Jika anda boleh mengingati fakta-fakta kes, Rosli berada di dalam masalah kerana beliau bertindak untuk Ramli dalam apa yang dipanggil bencana ‘korupsi'. Kini ia tidak lagi berkenaan rasuah, walaupun, pada asalnya ia disebut-sebut dalam media utama. Sekarang ia hanya disebut sebagai kes kecil iaitu kes gagal untuk mengisytiharkan aset.
Lagi bertambah kacau!.
Terjemahah daripada artikel : As I said, it’s a kangaroo courtJika anda minat artikel ini :