blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lagi Kes Polis Tembak Remaja

Saturday, May 8, 2010
SEREMBAN, 8 Mei -- Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis ditolak keluar dari bilik pembedahan selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini, hari ini.

Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti oleh polis peronda menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi tadi.


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop (dua dari kiri) melawat Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis ketika melawat Azizi di Hospital Tuanku Ja'afar di sini, hari ini.

Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar dan anggota Exco Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh.


Juhaida Che Hasan memegang tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis ketika melawat Azizi di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini.
Memerhatikan ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop (kanan), bapa Azizi, Aziz Omar (kiri) dan anggota Exco Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim.


Aziz Omar dan isteri Juhaida Che Hasan cuba menyedarkan anak mereka Mohd Azizi Aziz, 17, selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru pada usus akibat terkena tembakan polis di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini.

Sumber : Bernama


Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments

Judi Bolasepak, Apa Pendapat Mufti?

Apa agaknya pendapat mufti Perak berkenaan isu ini. (Gambar Hiasan)

Para mufti di negara ini diminta mengulas dan menyatakan hukum berhubung cadangan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 khususnya dari sudut agama Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa, berkata sekiranya terdapat seorang mufti mengulas dari sudut hukum terhadap calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim, yang pernah meminum arak sebelum ini sebagai haram, PAS dan rakyat meminta mufti mengulas dari sudut yang sama berhubung perkara itu.

Katanya, mufti jangan berdiam diri dalam soal itu kerana sudah jelas dan nyata Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui ayat yang sama bahawa minum arak dan berjudi adalah haram dan dosa besar.

Katanya lagi, keputusan kerajaan itu telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ianya telah disiarkan oleh televisyen.

Kelmarin, Awang Adek dilaporkan berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Tambahnya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

“Saya sebenarnya tidak menonton televisyen, sudah hampir 10 tahun saya tidak menontonnya, saya mengetahuinya melalui satu sms.

“Antara yang terkandung dalam sms itu, apa sudah jadi Datuk? Awang Adek dah lulus lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010, kononnya tidak mahu adanya aktiviti judi haram tanpa lesen,” ujar Husam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga seterusnya membertahu, malang sekali rakyat Kelantan khususnya sekiranya masih memberi undi kepada Awang Adek sehingga tidak tahu perjudian tetap haram biarpun berlesen.

Sambungnya, perkara yang sedemikian (haram dianggap halal) akan berlaku dan terus berlaku sekiranya Umno memisahkan agama dengan politik.

“Adakah rakyat di negara ini masih memandang remeh terhadap keputusan kerajaan ini apa lagi ianya membabitkan soal agama, tak rasa sensitif dan jijik ke terhadap tindakan itu?

“Malang sungguh kita sekiranya membiarkan perkara ini berlaku,”ujarnya lagi.

Husam memberitahu, berikutan keputusan kerajaan meluluskan lesen tersebut, ada seorang wanita Cina menghubunginya supaya bertindak menahan agar lesen tersebut tidak berjaya dilaksanakan.

Katanya, menurut wanita Cina itu lagi, masyarakatnya akan lebih kemaruk sekiranya aktiviti itu dibiarkan sehingga akan berlaku huru hara dalam keluarga.

“Kalau orang Cina boleh berfikiran sedemikian, kenapa kita orang Islam memandang remeh serta turut menyokong apa yang dibuat oleh kerajaan BN,” ujarnya lagi.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 2 comments

Sekitar Penamaan Calon PRK Parlimen P.212 Sibu

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201005/phpHmfqhS07052010870.jpg
Anggota polis sempat bersarapan di restoran berhampiran sebelum mula bertugas, awal pagi tadi.

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201005/phpBwqL4Rsibu6.jpg
Penyokong PR di Sibu.

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201005/phpl2Qlrt07052010888.jpg
Calon DAP, Richard Wong Ho Leng diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Datik Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin pakatan rakyat lain.

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201005/phpipVBqOsibu032.jpg
Penyokong DAP menunggu di luar Dewan Suarah di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen P.212 Sibu.

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201005/phpdnVbScsibu033.jpg
Penyokong Barisan Nasional ketika berarak ke Pusat Penamaan Calon sempena Pilihanraya Kecil Parlimen P.212 Sibu.

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201005/phpbfeDeN07052010904.jpg
Calon Bebas, Narawi Harun (tengah).

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201005/phpLvKgSz07052010912.jpg
Beberapa pemimpin PR memasuki khemah khas BN untuk bersalam-salaman. Antararanya ialah MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201005/phpk8a2QAsibu5.jpg
Robert Lau Hui Yew (BN) dan Wong Ho Leng (DAP) di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen P.212 Sibu di Dewan Suarah.

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201005/phpviifFJ07052010914.jpg
Pertandigan tiga penjuru - Robert Lau Hui Yew (BN), Wong Ho Leng (DAP) dan Narawi Haron (Bebas). Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Wong See Meng berkata, SPR menerima hanya satu bantahan dalam proses pencalonan tetapi menerima ketiga-tiga calon terbabit untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.



Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks