
Washington, 3 Mei -- Pemimpin Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud muncul dalam satu video terbaru dan mengancam satu serangan ke atas Amerika Syarikat, menurut laporan kumpulan pengawasan pengganas SITE hari Isnin semalam.
Mehsud, yang dilaporkan terbunuh dalam satu serangan AS pada Januari lalu, muncul dalam sembilan video yang dimuat naik di internet yang dikatakan telah direkodkan pada 4 April, 2010.
Dengan alih bahasa dalam bahasa Inggeris, video ini dirakamkan di Umar Studio, unit media Taliban Pakistan. Mehsud yang didampingi oleh dua lelaki bertopeng, menyatakan yang kumpulannya akan membalas serangan di Amerika Syarikat dalam tempoh sebulan demi membalas kematian Baitullah Mehsud dan anggota Taliban lain yang terkorban.
Dia mengugut untuk "menyerang negeri-negeri Amerika dan bandar raya utamanya."
Mehsud dilaporkan terbunuh dalam satu serangan pada 14 Januari di Utara Waziristan, kawasan Pakistan, tetapi kumpulannya berulang kali menafikan kematiannya, mengatakan berita itu hanyalah propaganda.
Hakimullah Mehsud menjadi ketua Taliban Pakistan selepas ketuanya, Baitullah Mehsud telah dibunuh dalam serangan misil Amerika Syarikat di kubu-kubu mereka di Selatan Waziristan pada Ogos 2009.
Jika anda minat artikel ini :