Gambar dari kiri ialah YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sungai Abong), YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) dan YB Dr Hj Mohammad Taslim (ADUN Maharani).
Pakatan Rakyat Bakri & Muar akan mengadakan suatu Majlis Dialog Pimpinan Pakatan Rakyat Bersama Rakyat pada tarikh 30 April 2010 (Jumaat) bertempat di Muar Traders Hotel jam 8.00 pm - 12.00 pm.
Ahli-ahli panel yang akan hadir pada hari tersebut termasuklah Wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Johor, YB Sim Tong Him (Ahli Parlimen Kota Melaka), YBhg Dato' Dr Hj Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya PAS Negeri Johor), Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) dan Sdr CheGu Bard (Pimpinan Keadilan Pusat).
Tujuan mengadakan dialog ini adalah sempena menyambut ulang tahun yang ke 2, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat Negeri Johor dipilih oleh rakyat Johor untuk mewakili rakyat Negeri Johor menyuarakan ketidakpuasan, ketidakadilan sama ada ke Dewan Rakyat ataupun Dewan Negeri Johor.
Rakyat di Daerah Muar adalah dijemput hadir beramai-ramai untuk berdialog dengan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat pada malam tersebut.
Jika anda minat artikel ini :


