blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pengerusi DAP Sarawak Calon PR Parlimen Sibu

Tuesday, April 27, 2010



KUCHING, April --Pengerusi Parti Demokrasi Rakyat Sarawak (DAP) Wong Ho Leng diumumkan sebagai calon parti pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 8-16 Mei depan.

Pilihan raya kecil parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Robert Lau Hoi Chew 9 April lepas.

Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 52,158 pengundi dan 2,537 pengundi pos iaitu 1,910 tentera dan 627 anggota polis.

Sumber : Bernama




Jika anda minat artikel ini :

thanks1



thanks1
Read Full 0 comments

"Polis Fitnah Remaja Suspek Kumpulan Samun", PIBG SM Seksyen 7

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar (kanan) turut hadir berjumpa keluarga mangsa semasa sidang media di Seksyen 11, di sini hari ini.


Ibu remaja yang ditembak mati oleh polis Norsiah Mohamad,60, (tengah) dan kakak Allahyarham, Norazura Amzah, 39, (kiri) dan jurucakap keluarga Kamarudin Hassan, (kanan) semasa sidang media di Seksyen 11, di sini hari ini.

Ibu kepada remaja yang mati ditembak polis, Norsiah Mohamad, 60, (kanan) dan kakaknya Norazura Amzah, 39, menunjukkan gambar Allahyarham Aminulrashid Amzah,15, semasa sidang media di rumah beliau di Seksyen 11, di sini hari ini.


Ibu remaja yang maut ditembak polis, Norsiah Mohamad menunjukkan keratan akhbar tempatan yang melaporkan kematian anaknya semasa sidang media di rumah beliau di Seksyen 11, di sini hari ini.



SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.

Jika anda minat artikel ini :

thanks1


thanks1
Read Full 5 comments

Israel Terus Menggila Membunuh Umat Islam..

Aku masih lagi hairan dan termangu,
Ketika saudara seIslam kita dibedil Israel laknatullah,

Masih ada YANG TERGAMAK menjalinkan hubungan dengan mereka,
Masih ada YANG TERGAMAK melantik syarikat APCO mereka sebagai penasihat,
Masih ada YANG TERGAMAK bersekongkol dengan Amerika-Israel menyekat negara Islam Iran,
Masih ada YANG TERGAMAK mengundi/memilih Parti APCO sebagai wakil mereka,(Ya! Majoritinya melayu Islam)
Masih ada YANG TERGAMAK berlakon berhimpun dulunya memboikot produk Israel!!

Ahh...Telunjuk lurus, Kelingking berkait...
Dan MELAYU juga yang terus diperbodohkan akhirnya..
:Author Faethal



http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2010-04/26/13268235_31n.jpg
Rakyat Palestin bertempiaran lari semasa pertempuran dengan askar Israel di sebuah kampung di Tebing Barat, Beit Awwa, dekat Hebron pada 26 April, 2010. Pertempuran meletus setelah askar Israel membunuh seorang ahli Hamas briged Izz el-Deen al-Qassam, Ali Al-Sewiti.


Ramallah, 26 April -- Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan pergerakan Islam Hamas mengutuk pembunuhan pemimpin kanan Hamas oleh tentera Israel dalam satu serbuan di Tebing Barat.

Perdana Menteri, Salam Fayyad dikatakan kerajaannya "mengutuk dasar pembunuhan Israel dan ini melemahkan usaha-usaha damai PNA" di Tebing Barat.

Pagi Isnin semalam, angkatan tentera Israel telah membunuh Ali Al-Sewiti yang bersembunyi di dalam sebuah rumah di Beit, kawasan kejiranan Ouwa di Hebron Selatan yang dikawal oleh PNA.

Tentera Israel sering menjalankan operasi di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PNA di Tebing Barat.

Sementara itu, pergerakan Islam Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza, menyalahkan PNA di atas pembunuhan komandernya kerana PNA menjalinkan hubungan keselamatan dengan Israel. "Lebih banyak jalinan keselamatan dengan Israel bererti lebuh banyak kematian rakyat kita," Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas, memberitahu media.

Barhoum menyeru PNA "tidak terikat dengan jalinan bersama pihak keselamatan bagi menghalang pencerobohan Israel."

Sebelum itu pada pagi Isnin, seorang jurucakap tentera Israel berkata askar Israel dan aktivis-aktivis Palestin berbalas tembakan apabila tentera Israel datang bagi menahan mereka di Beit Ouwa.

Al-Sewiti menolak untuk menyerah diri.

Penduduk-penduduk yang marah mula membaling batu ke atas tentera penceroboh Israel selepas tersebarnya berita kematian Al-Sewiti, yang dikehendaki sejak tujuh tahun lalu. Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin telah cedera dalam pertempuran itu, menurut saksi-saksi.

Dua pemilik rumah tempat Al-Sewiti bersembunyi telah ditahan, menurut sumber pihak keselamatan Palestin.


http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2010-04/26/13268235_81n.jpg

http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2010-04/26/13268235_21n.jpg
Rakyat Palestin mengusung jenazah as-syahid Ali Al-Sewiti semasa pengebumiannya di kampung Tebing Barat, Beit Awwa, berdekatan Hebron.


http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2010-04/26/13268235_51n.jpg

http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2010-04/26/13268235_71n.jpg
Askar Israel mengambil kedudukan semasa pertempuran dengan penentang-penentang Palestin di kampung Tebing Barat, Beit Awwa, dekat Hebron 26 April, 2010. Pertempuran meletus setelah askar Israel yang disokong dengan pesawat perang telah membunuh pada Isnin pagi seorang ahli Hamas, briged Izz el-Deen al-Qassam, Ali Al-Sewiti, orang yang dikehendaki oleh Israel.


Sumber : di sini






Jika anda minat artikel ini :

thanks1



thanks1
Read Full 0 comments

"Adik Saya Bukan Penjenayah!"

Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis di Seksyen 11.

SHAH ALAM, 26 April: Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis dalam kejadian awal pagi ini, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.

Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.

“Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.

“Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11,” katanya di sini hari ini.

Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.

Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.

“Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita,” katanya.

Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

“Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali,” katanya.

Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.

“Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari Internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri,” katanya sebak.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini.

-Bernama-


Jika anda minat artikel ini :

thanks1




thanks1
Read Full 5 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks