blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Takziah Buat Keluarga Aminulrasyid, Remaja Ditembak Polis

Monday, April 26, 2010
Anggota keluarga dan rakan-rakan mengusung jenazah Aminulrasyid Amzah, 15, ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, petang tadi.

SHAH ALAM, 26 April: Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi ini selepas cuba melarikan diri apabila terserempak dengan anggota peronda polis. Aminulrasyid yang menaiki kereta Proton Iswara dipercayai mati di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di belakang kepalanya.


“Kesemua mereka ditukarkan ke “desk duty” sementara kes ini disiasat, apapun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.

Khalid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya Berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek.”Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun,” katanya.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat.

-Bernama-



Jika anda minat artikel ini :

thanks1



thanks1
Read Full 10 comments

Cincin Rasmi FIFA Piala Dunia 2010

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/24/13265528_11n.jpg
Seorang tukang emas menyiapkan cincin rasmi FIFA 2010 Piala Dunia di bengkel barang kemas di Bucaramanga. Sekumpulan tukang-tukang emas dari Colombia mengeluarkan cincin platinum dan emas yang akan menjadi sebahagian daripada koleksi barang kemas eksklusif yang diluluskan oleh FIFA untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Cincin ini dibuat daripada zamrud dan intan berlian daripada Afrika Selatan, yang akan menjual daripada di antara $2,500 hingga $250,000.


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/24/13265528_21n.jpg

Inilah dia cincin rasmi FIFA Piala Dunia 2010 yang sudah siap.


Jika anda minat artikel ini :

thanks1


thanks1
Read Full 1 comments

Kamal & Shoba Bak Pengantin Baru



HULU SELANGOR, 25 April -- Calon Barisan Nasional, P.Kamalanathan memeluk isterinya, S.Shobana selepas beliau diumumkan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru malam tadi.
Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadlian Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Sumber : Bernama


Jika anda minat artikel ini :

thanks1



thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks