Dewan Dato' Abdul Hamid
Tok Guru Nik Aziz sebaik menyampaikan amanat terakhir di Batang Kali.
Hadirin mengaminkan doa Tok Guru Nik Aziz untuk kemenangan PR di Hulu Selangor.Inilah suasana semasa perjumpaan TG Nik Aziz di Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali petang tadi. Sangat sesak, penuh bersemangat dan menggambarkan seakan-akan Batang Kali berada di di dalam genggaman PR. Berdasarkan pemerhatian hari ini, beberapa analisa PRK P094 dibuat.
1) Undi majoriti Cina berpihak kepada PR.
2) Undi masyarakat Felda terhadap PR meningkat 1.7%. Dijangka setiap Felda dianggarkan memberi undi kepada PR sekitar 4000-5000 undi.
3) Undi India masih seimbang.
4) Pemilih di Kg Tanjung Sg. Choh, Parlimen Hulu Selangor, yang merupakan kubu kuat PKR berkurangan sekitar 2000 undi kerana dipindah ke kawasan Parlimen Selayang oleh SPR. Ini strategi paling kotor BN di PRK Hulu Selangor. Ia dijangka mengurangkan majoriti PR sehingga 2000 undi.
5) Undi POS juga dikuasai oleh BN.
6) Isu LIWAT dimainkan sehabis mungkin oleh seluruh jentera BN.
7) Sumbangan berada di mana-mana. Setiap sekolah mendapat peruntukan tambahan daripada RM50,000 hingga RM150,000.
Dan capaian broadband di Hulu Selangor sangatlah menyedihkan...
Jika anda minat artikel ini :


