blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

1001 Rasuah & Penipuan Di Hulu Selangor

Friday, April 23, 2010
Bendera BN terpasang dari sempadan Hulu Selangor lagi.


Bendera BN di mana-mana..

1) Di Batang Kali sudah ada 4 bas BN berkampung di sini. Tidak dapat dipastikan ianya bas petugas BN ataupun 'pengundi hantu'.

2) Tiada ketelusan dalam UNDI POS semalam. Petugas Pilihanraya mengadu ada borang maklumat peribadi perlu diisi, nama, IC dan alamat. Selepas itu mereka memangkah kertas undi. Sebaik kertas undi di pangkah, kertas undi dan borang maklumat peribadi dimasukkan ke dalam satu sampul dan dimasukkan ke dalam peti undi. Tindakan ini menakutkan petugas pilihanraya untuk mengundi PR kerana tiada kerahsiaan pada undi mereka.

3) Perang poster dan bendera semestinya dimenangi BN. Terdapat bendera BN dan UMNO dimana-mana. Nampaknya BN & UMNO berhabis-habisan dalam mengeluarkan duit untuk PRK kali ini.

4) Isu tanah di Sungai Buaya di selesaikan sekelip mata oleh Najib. RM1000 diberi serta-merta dalam bentuk bank draf daripada jumlah RM50,000. Baki RM49,000 akan dibayar jika BN menang.

5) Malam ini dua sahabat lama akan berceramah di Hulu Selangor. Ezam di Ulu Yam dengan tajuk ceramah 'Jangan Main Belakang' di atas pentas BN. Azmin Ali di Batang Kali bersama PKR.

Nantikan laporan seterusnya tengah malam ini...



Jika anda minat artikel ini :

thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Mayat Bawah Sofa 10 Tahun

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/23/13264037_11n.jpg
Alan Derick


Satu mayat lelaki yang mereput telah diletakkan di bawah sebuah sofa dalam sebuah rumah pangsa untuk hampir sedekad lamanya tanpa disedari, menurut laporan media Jumaat.

Si mati, Denis Pring yang berumur 73 tahun, telah 'tinggal' bersama penyewa daridapa Dewan Bandar Raya, Alan Derrick di sebuah rumah pangsa di Bristol, UK.

Derrick telah menjemput Pring tinggal bersama kerana beliau tidak mempunyai tempat tinggal.

Pada 1998, Derrick mendapati penyewanya mati di atas sofanya dan daripada membuat laporan, dia memutuskan untuk menutupi jasad mayat itu dengan kusyen dan dua buah kerusi sandar.

Takut yang dia diusir kerana Pring ialah seorang penginap haram, Derrick bertindak menyimpan jasad itu di rumah pangsanya selama sepuluh tahun.

Jiran-jiran berulang kali mengadukan kepada pihak berkuasa tentang gangguan bau busuk daripada rumah pangsa. Warden juga telah membuat sekurang-kurangnya dua lawatan terhadap premis itu,bagaimanapun tidak menemui jasad itu kerana rumah pangsa itu sangat kotor.

Bila jasad itu ditemui pada 2008, pegawai-pegawai sangat terkejut dengan keadaan rumah itu yang tidak mempunyai air, bekalan elektrik atau gas dan sampah sarap yang setinggi separas lutut. Tab mandi pula telah dipenuhi najis manusia.

Derrick pada mulanya ditahan oleh polis kerana disyaki dengan pembunuhan tetapi kemudian dibebaskan apabila ujian forensik mendedahkan tiada bukti perbuatan khianat.

Sumber : Agencies


Jika anda minat artikel ini :thanks1thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks