blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

'Tuan Muda' Dibebaskan

Thursday, April 15, 2010



KUANTAN, 15 Mac -- Remaja yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang menutup mukanya dari dirakam jurugambar sejurus dibebaskan setelah direman selama enam hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.

Dia yang dilihat berbaju kemeja jalur biru dan berseluar jeans biru berjaya meloloskan diri dari pemberita yang menunggu sejak tengahari tadi dengan dibawa menaiki kereta jenis Proton Wira oleh seorang lelaki dipercayai keluarganya meninggalkan IPD Kuantan.

Remaja yang berumur 17 tahun itu dibebaskan setelah mendapat keampunan daripada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan dikenakan tiga syarat iaitu perlu memohon maaf dengan baginda sekeluarga, membuat akujanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan mendapatkan kaunseling dalam tempoh yang akan ditentukan polis.

Jumaat lepas, remaja yang berasal dari Bera, Pahang itu ditahan polis di rumah saudaranya di Pekan, ekoran aduan daripada pihak Istana Pahang mengenai kes penyamaran itu.

Remaja terbabit yang merupakan pelajar pintar, dipercayai memperdaya seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dengan menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah.

Sumber : Bernama


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Usia Wanita Ini 63 atau 36?

Andrea Wernick daripada New York City berusia 63 tahun, tapi masih kelihatan muda. Rahsianya? Dia bersenam setiap hari. (Photo: CFP)

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/15/13253057_21n.bmp



http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/15/13253057_31n.bmp


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/15/13253057_11n.bmp





Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

PRK Hulu Selangor : Zaid Ibrahim VS P. Kamalanathan

"Sah sudah selepas pengumuman Muhyiddin sebentar tadi..."
:Author Faethal

http://1.bp.blogspot.com/_xAgD1bR0Mi0/S8agJWK_h9I/AAAAAAAAEeo/AnnKt9k_PP0/s400/hs+4.JPG
P. Kalamanathan

Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN menolak Palanivel sebagai calon sebaliknya Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Palanivel dikatakan beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Maka rakyat Malaysia akan di perbodoh kan BN, kerana dengan jelas akan melantik orang yang tidak cekap untuk menjadi Timbalan Menteri, Palaninvel jelas telah di tolak oleh penyokong BN sendiri kerana tidak cekap .

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Kartun Conteng Bernilai (RM 25 000)


Satu lakaran oleh Damien Hirst yang diberikan kepada seorang pemandu teksi sebagai tips £20 (RM100) untuk tambang, berkemungkinan bernilai £5,000 (RM25 000), menurut pakar.

Seniman kontroversi itu melukis gambar (di atas) untuk drebar teksi, Jon Horsley untuk perjalanan 30 minit daripada Chelsea Harbour hingga ke Mayfair 18 bulan yang lalu.

Semasa mereka sedang berbual-bual, mereka dapati mempunyai minat yang sama berkaitan komik dan Hirst mula menconteng seekor ikan yu dan tengkorak berlian - dua karyanya yang paling terkenal.

Lakaran itu sekarang antara set yang akan dijual di suatu acara lelongan di mana ia boleh dijual pada harga £5,000.

Sekeping kertas berukuran 29.5cm x 41cm mempunyai kata-kata ''For LJ. Don't give up on the art' tertulis di atas lukisan kepada anak lelaki Horsley yang sedang belajar di dalam bidang seni.

Horsley kata ia adalah wang tips terbaik sejak bekerja 15 tahun sebagai pemandu teksi.

Sumber : newslite.tv

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks