blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Juri Pengsan Lihat Gambar Gadis Dibunuh, Dimakan

Saturday, April 10, 2010
http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2010-04/09/13243777_21n.jpg
Mangsa bunuh, Karina Barduchian (tengah) dan dua lelaki tertuduh, Maxim Golovatskikh (kiri) dan Yury Mozhnov (kanan). (Foto: xkb.com.cn)

Perbicaraan dua lelaki Rusia yang dituduh membunuh dan mengerat seorang gadis 16 tahun dan memakannya bersama kentang, telah berhenti seketika selepas salah seorang juri pengsan apabila menatap gambar-gambar bukti pendakwaan, menurut laporan media Jumaat (semalam).

Pembunuhan pada Januari tahun lepas, apabila dua suspek, Maxim Golovatskikh dan seorang pemilik kedai bunga yang juga rakannya Yury Mozhnov, kedua-duanya berusia 20 tahun, dikatakan melemaskan Karina Barduchian ketika sedang mandi, kemudian memotong dan menyajikan dagingnya bersama kentang kepada seorang penyewa, Ekaterina Zinovyeva.

Ekaterina memberitahu mahkamah St Petersburg bahawa mereka mengadakan parti bersama dengan rakan-rakan Gothic mereka pada malam kejadian pembunuhan itu. Karina Barduchian yang bercinta dengan Golovatskikh, bermalam di situ.

Penyewa berkata dia mendengar beberapa bunyi dalam bilik mandinya pada waktu malam tetapi bunyi itu berhenti apabila beliau datang untuk memeriksa apa yang sedang berlaku.

Keesokannya apabila beliau pulang ke rumah dari tempat kerja, dua lelaki menawarkan daging dan kentang kepadanya. Dia dikatakan memakannya tanpa mengetahui dari mana ia diperolehi.

Mereka kemudiannya menyorokkan mayat Karina di tempat pembuangan sampah.

Timbalan ketua penyiasatan jenayah St Petersburg, Sergei Strelin berkata: "Mereka mengaku kesalahan mereka. Mereka menjelaskan mereka dalam keadaan lapar dan mabuk."

Sumber : Agencies


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 4 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks