blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

AirAsia Mendarat Kecemasan

Thursday, April 8, 2010


PULAU PINANG, 8 April --Pesawat AirAsia dari Pulau Pinang ke Macau (kiri) terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) setelah 45 minit berlepas akibat masalah teknikal.
Seramai 180 penumpang pesawat berkenaan terkandas di LTABL lebih lima jam.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

Nenek 102 Tahun Pelajar Tertua

http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/04/07/article-1270643652446-090530B2000005DC-74524_636x300.jpg

BEIJING: Seorang nenek berusia 102 tahun menjadi murid sekolah rendah tertua di dunia selepas kembali ke sekolah di sini.

Ma Xiuxian, dari Jinan, wilayah Shandong, mula bekerja di kilang kapas pada usia 13 tahun, lapor akhbar Qilu Evening Post.
Namun, beliau sentiasa berharap untuk mendapat peluang belajar dan kini kembali ke sekolah bagi menyambung impiannya. “Saya gembira akhirnya dapat merealisasikan impian bersekolah pada usia ini,” kata Ma.

Sumber – Agencies

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Kedai Di Saman Jual Arca Lucah

Di Malaysia,
Kedai Sex Toy belum ada apa-apa tindakan pun?
Bersepah lagi nampaknya..
:Author Faethal

Arca yang kontroversi..

Polis menyerbu ke sebuah kedai perabot selepas pelanggannya membuat leporan berkaitan arca hiasan aneh yang lucah.

Pemilik kedai, Jason Hadlow di denda sebanyak £80 (RM 390) kerana mempamerkan satu arca zakar di kedainya.

Orang ramai mengadu setelah ternampak arca itu dipamerkan di dalam kedainya, Simply Dutch, berhampiran Bedale, North Yorkshire.

Kedai perhiasan yang mendakwa sebagai "kedai paling menarik di Utara", baru-baru ini mengeluarkan pelbagai hiasan taman terbaru, termasuk arca zakar batu pasir berukir yang berharga £200 (RM 980).


Sebaik menerima aduan, pihak polis merampas hiasan itu dan mendenda Mr Hadlow kerana "mempamerkan satu benda yang boleh mendatangkan gangguan berterusan, menyusahkan dan membahayakan".

Mr Hadlow mesti membayar denda pada hari Jumaat ini jika mahu dibebaskan daripada balai polis Northallerton, atau menghadapi tindakan mahkamah.

Sumber : www.thesun.co.uk


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments

Susan Boyle Daripada Taiwan Hebat


Penyanyi wanita muda ini mungkin mencuri mahkota Susan Boyle tahun ini sebagai bintang muzik terkenal paling tidak diduga.



Lin Yu Chun yang montel ini mengkagumkan panel juri pada pertandingan nyanyian 'Taiwan Super Star Avenue' dengan persembahan bertenaga lagu Whitney Houston 'I Will Always Love You'.

Pemenang pertandingan pencarian bakat popular akan memenangi USD1million (RM3,219,800) dan peluang mengeluarkan sebuah album.

Dan selepas menawan para juri dengan nada suara yang sempurna seperti Whitney, Lin dijangka menjadi calon pilihan untuk memenangi pertandingan ini.



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks