blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Takziah Keluarga Norfarahdini Pelumba Basikal Muda Negara

Tuesday, April 6, 2010
IPOH, 6 April -- Jenazah pelumba basikal wanita kebangsaan Norfarahdini Zakaria dibawa keluar dari rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh di sini hari ini untuk disemadikan di kampungnya di Pasir Mas Kelantan.

Nurfarahdini, 27, meninggal dunia selepas terjatuh semasa menjalani latihan bersama skuad lumba basikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lambor Kiri dekat Seri Iskandar, kira-kira 60 km dari sini.

Berpangkat Laskar Kelas Satu allahyarhamah merupakan salah seorang pelumba negara yang menyertai Sukan Sea di Laos tahun lepas.


Kelihatan rakan sepasukan dan kenalan pelumba wanita kebangsaan Norfarahdini Zakaria berkumpul di perkarangan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Jenazah allahyarhamah akan disemadikan di kampungnya di Pasir Mas, Kelantan malam ini.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Video Serangan Helikopter Apache AS Di Baghdad

http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2010-04/06/13238811_11n.bmp
Imej diambil daripada klip video yang didedahkan Isnin lalu, menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berkumpul di jalan Baghdad pada 12 Julai 2007, sejurus sebelum tembakan dilepaskan.

WASHINGTON: Sebuah laman web semalam menyiarkan video mengenai serangan tentera Amerika Syarikat menggunakan helikopter Apache ke atas Baghdad tiga tahun lalu yang mengorbankan dua kakitangan agensi berita Reuters.

Laman web WikiLeaks itu mengakui video berkenaan diperoleh daripada beberapa anggota tentera Amerika. Video itu yang turut merakamkan perbualan antara juruterbang Apache dengan pusat kawalan tentera di darat ketika mereka sedang mengesan seorang lelaki di jalan raya di Baghdad dan meminta kebenaran untuk menembaknya.

Klip video pada Julai 2007 itu menunjukkan gambaran dari atas beberapa lelaki di jalan raya Baghdad, termasuk dua yang kemudian dikenal pasti sebagai kakitangan Reuters, iaitu Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh.

Sekurang-kurangnya dua individu dalam video itu didakwa mereka membawa senjata tetapi kebanyakan mereka tidak bersenajata.

Juruterbang Apache berkenaan dikatakan melakukan kesilapan apabila memberitahu kamera yang dipegang dua kakitangan Reuters berkenaan adalah pelancar roket atau RPG.

Ketika itu, juruterbang Apache memaklumkan bahawa beliau mengesan "lima hingga enam orang bersama senjata AK-47” dan meminta kebenaran untuk menyerangnya.

Juruterbang Apache itu kemudian mula menembak dengan salah seorang di dalam pesawat memberitahu "mayat bergelimpangan di sana"

“Tengok semua 'anak haram' itu sudah mati," kata seorang lagi rakannya.

Seorang lagi menjawab: "Ia (tembakan) hebat.”

Seorang daripada juruterbang itu mengarakan salah seorang lelaki yang cedera itu mengambil "senjatanya" supaya juruterbang itu boleh menembak semula ke arahnya.

Beberapa minit kemudian, sebuah van dilihat mengambil mangsa yang maut dan cedera sebelum ditembak balas oleh juruterbang Apache.

Dua kanak-kanak di dalam can berkenaan cedera sebelum diselamatkan tentera Amerika yang kemudian tiba di tempat kejadian.

Pegawai tentera Amerika bagaimanapun menyifatkan video itu "tidak memberi maklumat baru dan tidak lebih daripada rakaman videa.

“Sejak 2007, kami mengetahui semuanya yang terkandung dalam video itu.

"Kami mengetahui serangan yang berlaku di mana dua kakitangan Reuters terbunuh.

"Kami juga mengetahui dua kanak-kanak cedera," kata pegawai berkenaan.

“Senjata RPG dalam video itu memang yang betul. Kami berdepan dengan musuh dan pemberita di kawasan tentera Amerika sedang menjalankan serang hendap.

“Pada masa sama tidak tidak boleh mengenal pasti dengan betul sama ada kakitangan Reuters itu membawa kamera atau senjata," katanya.

Dalam satu kenyatannya, Ketua Pengarang Berita Reuters, David Schlesinger berkata, kematian Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh tiga tahun lalu adalah tragik dan lambang tahap bahaya yang tinggi apabila membuat liputan di zon perang.

Sumber - AFP

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Dinding Gula Getah Di Seattle: menarik, tetapi menjijikkan

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/06/13238816_31n.jpg

Dinding gula getah di Seattle bukan sahaja satu daripada tarikan-tarikan luar biasa di Amerika Syarikat, tetapi juga satu daripada tempat paling kotor dengan germ dari seluruh pelancong dari seluruh dunia.

Terletak di Post Alley, di bawah taman Place Market, Gum Wall, yang juga dikenali sebagai Wall of Gum, bermula sejak awal 1990an.

Pengunjung teater mula meletakkan gula getah mereka di dinding itu sementara menunggu untuk membeli tiket-tiket. Mulanya, mereka akan menggunakan gula getah untuk melekatkan duit syiling kecil, tetapi tradisi duit syiling mula hilangkan dan kemudiannya dan hanya gula getah yang tertinggal.

Ia terus bertumbuh dan popular. Kini ia dipenuhi dengan beribu keping gula-gula getah yang berwarna-warni.

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/06/13238816_41n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/06/13238816_51n.jpg



http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/06/13238816_61n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/06/13238816_91n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/06/13238816_111n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/06/13238816_121n.jpg



Sumber : Agencies


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments

Robot Manusia Terkini Jepun

http://news.xinhuanet.com/english2010/sci/2010-04/06/13238599_31n.jpg
Manusia sebenar (kiri) sedang tersenyum bersama robot manusia "Geminoid-F" (kanan) di satu sidang akhbar di Osaka.

Penyelidik Jepun telah mencipta sebuah robot manusia yang boleh ketawa dan tersenyum sambil ia mengajuk air muka seseorang itu.

Dengan menerima isyarat-isyarat elektrik daripada manusia yang menjadi model untuk robot ini, ia dapat menggerakkan kulit wajahnya untuk meniru ekspresi seperti sebuah senyuman, satu bunyi ketawa dan satu pandangan yang sedih.

"Saya rasa bagaikan mempunyai satu adik kembar," kata model itu.

http://news.xinhuanet.com/english2010/sci/2010-04/06/13238599_21n.jpg

Sumber : AFP/Agencies

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

Rupawan + Menarik = ?


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_11n.jpg
Kate Winslet (kiri) digabungkan Scarlett Johansson (kanan). Apakah wajah yang akan terhasil? (tengah). Adakah lebih cantik atau lebih pelik? Mari kita lihat hasil kerja PS (photoshop) ini.


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_21n.jpg
David Beckham (kiri) + Tom Cruise (kanan).


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_31n.jpg
Keira Knightley (kiri) + Alexis Bledel (kanan).


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_41n.jpg
John Travolta (kiri) + Johnny Depp (kanan).


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_51n.jpg
Anne Hathway (kiri) + Vanessa Hudgens (kanan).


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_61n.jpg
Brad Pitt (kiri) +Robert Pattinson (kanan).


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_71n.jpg
Brooke Shields (kiri) + Britney Spears (kanan).


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_81n.jpg
Aishwariya Rai (kiri) + Deepika Padukone (kanan).


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_91n.jpg
Orlando Bloom (kiri) + Zac Efron (kanan).


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-04/05/13237893_101n.jpg
Cameron Diaz (kiri) + Jessica Alba (kanan).

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks