blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kekasih Nikah Lain, Remaja Potong Kemaluan

Tuesday, March 30, 2010

Cilacap, CyberNews. Seorang pemuda yang putus cinta bertindak nekatd memotong alat kelaminnya sampai putus, sehingga harus menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Umum Daerah Cilacap, Jawa Tengah.

Saat ditemui wartawan, Isnin lalu, Direktur RSUD Cilacap, Sugeng Budi Susanto, mengesahkan ada seorang pemuda yang kini masih dalam rawatan pihaknya di Ruang Bougenvile, setelah memotong alat kelaminnya sendiri.

"Kami kini berupaya menyembuhkan luka yang diderita pemuda tersebut," katanya.

Menurutnya , jika tidak ditangani segera, maka luka yang diderita remaja ini boleh mengakibatkan bencana.

Namun demikian, Budi tidak bersedia menjelaskan kronologi kejadian nekad itu. Ia juga menolak memberitahu identiti pesakit dengan alasan kod etika kedoktoran.

Budi mengatakan, kondisi pemuda tersebut saat ini masih tertekan, sehingga tidak mungkin untuk ditemui wartawan.

Walaupun demikian, dia sempat mempersilakan wartawan dengan diiringai petugas RSUD untuk bertemu keluarga mangsa.

"Kami tidak menghalang, silakan teman-teman wartawan lakukan bertemu pihak keluarganya. Siapa tahu mungkin ada yang mahu ditemubual," katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa ketika ditemui wartawan tetap enggan menceritakan kronologi peristiwa yang berlaku.

Berdasarkan informasi yang terkumpul, pemuda itu berasal dari Kecamatan Bantarsari, Kabupaten Cilacap, Jawa Tengah, bertindak nekad memotong alat kelaminnya pada Khamis (25/3) setelah mendapat khabar bahawa kekasih hatinya telah menikahi dengan orang lain.

Keluarga yang mengetahui tindakan nekadnya berusaha memberi pertolongan. Akan tetapi, potongan alat kelamin remaja itu telah dicampak ke dalam sebuah perigi dan sehingga kini belum ditemui.



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Ayuh Ujang! Lawan Tetap Lawan!

Oleh : ZunarZunar & isteri

Sejak meninggalkan Creative Enterprise, penerbit majalah Gila-Gila kira-kira 15 tahun lalu, saya dan Ujang tidak pernah bertemu sehinggalah di Pesta Buku di PWTC Ahad lepas (28 Mac 2010).

Selama tempoh itu, Ujang mengalami jatuh bangun dalam kerjayanya sebagai seorang katunis terkenal. Setelah keluar dari Gila-Gila, beliau menyertai MOY yang dimiliki oleh Md.Othman Yusof yang menerbitkan majalah kartun UJANG. Kemudian keluar dari syarikat itu setelah berselisih faham dengan Md.Othman.

Ujang

Ketika Ujang bersama MOY, nama UJANG yang digunakan oleh syarikat itu di kepala majalahnya telah didaftarkan oleh MOY. Akibatnya, melalui tindakan mahkamah, setelah keluar dari MOY, Ujang tidak boleh lagi menggunakan nama "Ujang" dalam lukisan kartunnya--yang merupakan nama pena beliau sendiri!

Dalam pertemuan di PWTC itu antara lain saya bertanya mengenai isu tersebut. Beliau menceritakan bagaimana beliau menerima puluhan saman dan injuksi mahkamah dari Md.Othman menghalang beliau menggunakan nama itu.

Saya tidak mahu mengulas sebarang masalah beliau sama ada dengan Creative Enterprise atau MOY mengenai hak cipta kerana ia adalah masalah Ujang dengan syarikat-syarikat itu.

Sementara saya akur mengenai hakcipta yang didaftar oleh syarikat, tetapi adalah sesuatu ketidakadilan sekiranya seseorang katunis dilarang menggunakan 'nama pena' sendiri.

Ujang menggunakan nama pena tersebut sejak 20 tahun lalu, lama sebelum beliau menyertai MOY. Saya rasa Md.Othman (sekarang Adun Umno Kukup, Johor), disamping menjaga kepentingan syarikatnya, tidak berhak menghalang seseorang kartunis menggunakan nama pena dalam karya atau pernerbitan lain.

Ia bertentangan dengan prinsip akta hakcipta sejagat. Kes Ujang dalam konteks ini adalah masalah bersama yang patut mendapat perhatian setiap kartunis. Saya menggesa persatuan kartunis seperti Pekartun dan Pekomik membuat pendirian yang jelas.

Saya juga menggesa Ujang tidak hanya bersifat defensif menepis saman dari Md.Othman, tetapi sudah sampai masanya beliau melancarkan tindakan mahkamah terhadap bekas majikannya itu untuk mendapatkan kembali hak nama pena beliau. Saya percaya beliau mempunyai kes yang kuat dari segi undang-undang.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Gambar Sekitar Dun Perak Hari Ini

http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs065.snc3/13327_380622991007_342823946007_4308504_1580748_n.jpg


http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs045.snc3/13327_380622986007_342823946007_4308503_6434479_n.jpg


http://1.bp.blogspot.com/_i5-K4MLrko0/S7E8_-LS1FI/AAAAAAAAXpM/o9BBy7SZE9Q/s1600/IMG_1285.JPG



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks