blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ikat Jamin Benjy RM2000

Thursday, March 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Mac -- KES DADAH ... Pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau dikenali sebagai Benjy bersama ibunya, seniwati Azean Irdawaty (dua, kiri) ketika keluar dari Mahkamah Majistret.



Pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau dikenali sebagai Benjy diserbu pihak media ketika keluar dari Mahkamah Majistret.

Pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau dikenali sebagai Benjy diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Benjy, 31, hari ini didakwa atas kesalahan memiliki dadah methamphetamin (syabu).
Majistret Hafiza Saini membenarkan Benjy dijamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 April untuk sebutan kes itu.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Pilatus TUDM Terhempas, 2 Juruterbang Maut


ALOR SETAR: Dua juruterbang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia maut apabila pesawat Pilatus mereka terhempas berhampiran Mardi Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam kira-kira 10 pagi tadi.

Sumber : Berita Harian


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Debu Pada Cermin Kereta Jadi Karya Seni!

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/24/13222746_11n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/24/13222746_21n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/24/13222746_31n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/24/13222746_41n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/24/13222746_51n.jpg

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

RPK : Perangkap Untuk Anwar Makan Tuan

Bagaimana jika Agong mengatakan ia telah dinasihatkan oleh penasihat-penasihat undang-undang bahawa jika Pakatan Rakyat boleh mendapat cukup kerusi daripada lompatan ahli parlimen, menjadi tugasnya sebagai Agong untuk mengangkat sumpah kepada kerajaan baru dan jika ia tidak meakukannya maka ia menyalahi undang-undang dan merupakan pencabulan perlembagaan?


Okey , jadi mereka mahu dakwa Anwar. Kemudian apa? Sebaik saja mereka mendakwa Anwar kerana hasutan, kerana mereka katakan ia mungkin berlaku, akan membawa Anwar kepada perbicaraan. Zahrain pula akan bersiap sedia untuk memberi keterangan di atas apa yang telah Anwar beritahu kepadanya. Kemudian dua perkara boleh berlaku di sini.

Senario pertama: Anwar boleh menafikan di mahkamah dia tidak memberitahu Zahrain apa Zahrain katakan iaitu, 'Anwar yang beritahu perkara itu kepadanya (Zahrain)'. Jadi kini cerita Zahrain berbeza dengan cerita Anwar. Jadi, cerita siapa yang mahkamah akan percaya? Anwar atau Zahrain? Bagaimanakah mahkamah mahu memastikan siapa yang benar? Adakah Zahrain mempunyai dokumen-dokumen atau rakaman bagi membuktikan kesnya? Jika tidak, bagaimana mahkamah itu akan tahu bahawa Zahrain benar dan Anwar telah berbohong?

Senario kedua: Anwar mengaku di mahkamah dia ada memberitahu Zahrain seperti mana yang Zahrain katakan. Selepas itu? Anwar memberitahu mahkamah tentang pertemuannya dengan Agong dan anggota-anggota penting tertentu di dalam tentera. Adakah mahkamah akan sepina Agong untuk memberi keterangan sebagai mengesahkan sama ada Anwar bercakap bohong dan sebenarnya tidak wujud sebarang pertemuan di antara Seri Paduka dan Anwar?

Senario ketiga: Anwar mengaku di mahkamah dia ada memberitahu Zahrain seperti mana yang Zahrain katakan. Anwar kemudian mendedahkan kepada mahkamah bahawa dia ada bertemu dengan Agong dan Agong menjawab jika 30 wakil daripada ahli Barisan Nasional melompat ke Pakatan Rakyat dan jika Pakatan Rakyat boleh mengawal majoriti di Parlimen kemudiannya, sepertimana di dalam Perlembagaan, Agong terpaksa untuk mengangkat sumpah kerajaan baru sebagaimana Sultan Perak lakukan di Perak (yang mana 'KEPENTINGAN' ini telah diatur oleh pemerintah).

Anwar kemudian memberitahu mahkamah bahawa Agong mengaku yang dia (Agong) tidak boleh menolak untuk menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat mempunyai lebih kerusi di Parlimen berbanding dengan Barisan Nasional. Menafikan hak Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru bermakna telah melanggar Perlembagaan dan Agong menyatakan dia tidak akan menyokong sesuatu yang tidak mengikut perlembagaan.

Katakan ini adalah apa yang Anwar akan beritahu di mahkamah. Kemudian apa? Adakah mahkamah berkata Anwar memberitahu kebenaran dan Zahrain juga memberitahu kebenaran. Jadi, jika sudah kedua-duanya Anwar dan Zahrain memberitahu perkara yang benar ke mana mereka akan pergi dari situ? Atau adakah mereka akan cuba untuk membuktikan Anwar menipu dengan memerintahkan Agong ke mahkamah dengan harapan bahawa Agong akan menafikannya segala cerita Anwar, bermakna Anwar berbohong tentang segala yang dia beritahu di mahkamah?

Tapi apa akan berlaku jika Agong memberi keterangan di mahkamah dan Agong mengesahkan apa yang Anwar katakan perkataan demi perkataan? Bagaimana jika Agong menambah dia juga merujuk kepada penasihat-penasihat undang-undangnya untuk mengkaji Perlembagaan dan undang-undang dengan lebih berhati-hati? Dan bagaimana jika Agong kemudian berkata dia telah dinasihatkan oleh penasihat-penasihatnya bahawa jika Pakatan Rakyat boleh mendapat cukup kerusi-kerusi daripada lompatan yang dijangka berlaku maka menjadi tugasnya sebagai Agong untuk mengangkat sumpah kerajaan yang baru dan jika tidak melakukannya maka ia menyalahi undang-undang dan pencabulan perlembagaan? Dan bagaimana jika Agong menambah yang penasihat-penasihatnya turut mengingatkan dia tentang apa yang telah terjadi di Perak sebagai contoh terbaik?

Jadi, selepas itu apa? Apa yang mereka lakukan selepas itu? Ya, kemungkinan kerajaan sudah bermain dengan api. Agong tidak membuat sebarang kesalahan jika dia ada bercakap dengan Anwar. Tiada undang-undang yang melarang ketua pembangkang daripada bercakap dengan Agong. Dan tiada undang-undang yang melarang Agong daripada menasihati Anwar sama ada ia sah atau haram untuk Agong untuk mengangkat sumpah kepada sebuah kerajaan baru. Juga tiada undang-undang yang melarang Agong daripada mengingatkan Anwar sebuah kerajaan yang baru hanya boleh mengangkat sumpah hanya di dalam keadaan tertentu dan jika segala syarat-syarat dipenuhi, ketika itu tiada apa-apa pada kuasa Agong untuk menghalang daripada pembentukan kerajaan baru.

Ya, silalah dakwa Anwar. Saya tidak sabar untuk melihat segala keseronokkan.

Saya ternanti-nanti untuk melihat kerajaan terperangkap dalam perangkapnya sendiri yang disediakan untuk memerangkap pembangkang. Dan perangkap itu adalah Zahrain yang dijadikan umpan untuk memerangkap Anwar sebenarnya turut memerangkap kerajaan.

Suntingan terjemahan daripada artikel asal Raja Petra :Prosecution versus persecution


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Akhirnya Roboh Jua Kg. Denai Pinggiran, Kempas

BEBERAPA GAMBAR SEKITAR OPERASI TERSEBUT..



Keluarga Sdr Sulaiman Kassim.
Isterinya mengandung 8 bulan dan menunggu masa untuk melahirkan anak...
Renunglah wajah anak kecil ini.. Tiadakah rasa simpati dalam diri kita ?


Sumber : Ibnu Masran Al-banjari


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks