Xiao Wei, 16, telah diserang ketika bergaduh dengan sekumpulan samseng di sebuah kafe internet tempat dia bekerja di Mishazi, timur laut China, sebaik saja mencatatkan rekod masa terbaik di sebuah permainan komputer,
Counter Strike.
Dia telah ditinggalkan dengan sebilah pisau dapur tertusuk di pelipis kirinya dengan hanya tinggal setengah inci bilah pisau yang tertinggal.
Pihak medikal turut terkejut dengan keadaan mangsa di hospital kerjasama Universiti ketika mangsa dibawa oleh rakannya.
'Kami sangkakan ia hanya usikan daripada pelajar perubatan sehinggalah dia semakin hampir dan akhirnya pengsan,' kata seorang pelajar perubatan.
Bagaimanapun doktor-doktor bedah - hanya mengambil masa dua jam untuk membuang pisau itu - dan Wei dijangkakan akan pulih sepenuhnya.
Timbalan Pengarah Neurosurgery, Professor Yan Shijun menerangkan: 'Mukanya dipenuhi darah, tetapi dia masih sedar. Saya tidak pernah lihat sesuatu seperti ia selama 23 tahun menjadi pakar bedah.'
'Sinaran X-ray dan imbasan CAT mengesahkan tusukan pisau itu tidak mengenai mana-mana arteri atau saraf utama. Bagaimanapun pesakit berisiko mengalami masalah-masalah selepas pembedahan seperti jangkitan kuman, kerosakan otak atau epilepsi.
'Tetapi dia telah sedar dan sungguh bernasib baik,' tambahnya.
Kawan Huang Shen, 18, kata dia dan Wei telah diserang oleh sekumpulan samseng tempatan yang memaksa Wei untuk memuat turut perisian komputer ke dalam komputer-komputer di kafe itu.
'Saya telah ditikam pada tangan kiri saya, dan apabila mereka telah pergi, saya mendapati Wei telah terbaring di atas lantai dengan sebilah pisau di kepalanya,' kata rakannya.
Pihak polis sedang meneliti filem kamera pengawasan CCTV untuk menyiasat serangan itu.
Sumber : www.metro.co.ukJika anda minat artikel ini :
