
Raja Petra Kamarudin1. Ramai orang berfikir jika anda menerima demokrasi, maka anda telah mengamalkan demokrasi.
2. Malangnya, penerimaan kecil tidak mencukupi. Ia tidak mencukupi kerana semua orang, daripada golongan atasan hinggalah golongan kebanyakan, daripada parti politik atau sebuah negara, akan dapat mencari cara-cara untuk menyalahgunakan dan menggagalkan proses demokrasi sebenar. Hasilnya kita dapat lihat demokrasi gagal di dalam kebanyakan pertubuhan atau parti politik juga kebanyakkan negara.
3. Pada asasnya, demokrasi adalah memberi kepada majoriti. Ia diandaikan majoriti itu mengetahui apa yang terbaik untuk semuanya. Minoriti pula perlu bersedia untuk menerima undang-undang majoriti meskipun setelah menyampaikan pandangan-pandangan dan kritikan-kritikan ayng berbeza. Minoriti mesti bersedia untuk menunggu pengundian akan datang untuk membuat satu lagi percubaan.
4. Dalam demokrasi yang matang, hampir semua orang menghormati keputusan pilihan raya kebangsaan. Majoriti akan membentuk kerajaan dan minoriti pula mengambil tempat-tempat mereka dalam badan perundangan dan cuba sehabis baik untuk mempengaruhi dasar-dasar dan undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan majoriti. Maka untuk empat atau lima tahun sebelum pilihan raya akan datang, badan perundangan akan membahaskan, meluluskan atau tidak setuju dengan cadangan-cadangan daripada kerajaan. Tetapi golongan minoriti,malah penggubal secara individu mungkin juga memberikan cadangan-cadangan atau undang-undang walaupun dalam kebanyakan contoh, mereka tidak berjaya kerana kekurangan sokongan majoriti. Meraka memainkan peranan mereka, majoriti dan minoriti akan menyumbang di dalam usaha-usaha yang sesuai sebagai sebuah kerajaan demokrasi.
5. Parti politik mencintai demokrasi, ia kelihatan adilbagi semua orang. Sesiapa jua boleh membida untuk mana-mana tempat di dalam parti itu, termasuk tempat paling atas. Paling tidak inilah teorinya.
6. Tetapi realitinya hanya orang tertentu boleh bercita-cita menjadi pendahulu disebabkan oleh sokongan jumlah ahli-ahli yang ramai.
7. Sesiapa yang mempunyai jumlah penyokong terbesar itu patut menang. Sama seperti di dalam kerajaan, yang kalah dan penyokong-penyokongnya perlu menerima keputusan majoriti.
8. Malangnya, yang kalah atau orang yang kalah mungkin tidak dapat menerima keputusan itu. Ia akhirnya membawa perpecahan kepada parti dan menjadi lemah.
9. Prosesnya mungkin demokrasi tetapi objektif untuk memilih seorang pemimpin dengan undi majoriti belum tercapai. Pihak yang kalah itu mesti ingat apabila mereka menang, perkara yang sama boleh berlaku kepada mereka. Dengan kata lain, dalam pertandingan demokratik boleh membawa kepada perpecahan parti. (Saya bercakap daripada pengalaman).
10. Saya mahu memberikan galakan kepada calon-calon yang bertanding untuk sebarang jawatan di mana saja melalui proses demokrasi. Nyata, hanya satu yang akan menang. Jika mereka tidak boleh menerima keputusan majoriti ahli, adalah lebih baik supaya tidak bercakap pasal demokrasi. Anda tentunya benar-benar tidak tahu apa itu demokrasi (tentunya saya menganggap pertandingan dijalankan dengan adil).
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri terbaru di Blognya bertajuk DEMOCRACY
*************************************************
Jika anda minat artikel ini :
