blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Indonesia Sudah...Malaysia Bila Lagi!

Saturday, March 20, 2010
Malaysia jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga terlupa saudaramu di Palestin.
Jangan lupa sensitiviti kita kepada saudara kita.
Mana dia kenyataan rasmi daripada Malaysia mengutuk kekejaman Israel baru-baru ini??!
Mana kenyataan daripada UMNO,PAS,PKR atau mana-mana parti Islam/Melayu??
:Author Faethal







Ribuan ahli dan simpati Partai Keadilan Sejatera (PKS) melakukan perbarisan dari Monas menuju Bunderan HI berikutan aksi keganasan di Palestin, Sabtu lalu (20/3). Partai Keadilan Sejahtera (PKS) menggelar aksi ketenteraan ke atas untuk Palestin bersangkut-paut usaha untuk menghancurkan Masjid Al- Aqsa oleh Israel.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

ISA Terhadap Anwar?


Tanda-tanda ISA Akan Menggila.
1. Hisyammuddin percaya & sokong Zahrain

"Dengan pembongkaran (Zahrain) menunjukkan ia adalah sesuatu yang benar. Ia (tindakan Anwar) adalah cukup tidak bertanggungjawab." - Datuk Seri Hishammuddin Hussein

2. Hisyammuddin dakwa Anwar menghasut.

"Saya percaya apabila benda ini (kenyataan Zahrain tentang Anwar) telah dinyatakan di khalayak ramai, Peguam Negara akan melihatnya daripada segi Perlembagaan dan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melawat Pondok Polis Bandar T6 di Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Suntingan : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments

Kemalangan Ngeri Di Kuala Pilah

KUALA PILAH, 20 Mac -- Seorang daripada anggota keluarga mangsa ditenangkan oleh anggota bomba sejurus tiba di tempat kejadian di Kilometer 17, Jalan Seremban Kuala Pilah berhampiran kawasan perkelahan Ulu Bendol dekat sini, malam tadi.


Beginilah keadaan kereta yang dinaiki enam sekeluarga menyebabkan tiga daripada mereka maut selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 17, Jalan Seremban-Kuala Pilah.


Anggota Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat Mohamad Danish Mohd Zaibi, yang berusia setahun lima bulan selepas dikeluarkan dari kereta yang terbabit dalam kemalangan.




Anggota Bomba dan Penyelamat meletakkan jenazah Mohamad Danish Mohd Zaibi, setahun lima bulan, di atas pengusung selepas dikeluarkan dari kereta yang terbabit dalam kemalangan ngeri.



Anggota Bomba dan Penyelamat menutup jenazah Rosli Hassan, 48, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 17, Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran kawasan perkelahan Ulu Bendol.


Kemalangan ngeri membabit enam sekeluarga yang menyebabkan tiga daripadanya maut itu dipercayai berlaku selepas kereta Proton Saga dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah kereta Proton Iswara yang datang dari arah bertentangan.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Beli "TAYI" RM220,000

Gila...
Dah tak tau duit lebih nak buat apa.
:Author Faethal


KUALA TERENGGANU, 20 Mac (Bernama) -- Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata harga tersebut diperolehi setelah enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Feb lalu.

"Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000, diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata notis kepada mereka yang berjaya membida akan dikeluarkan tidak lama lagi, tanpa mahu mendedahkan identiti pembeli.

Menurutnya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.

Selain TAY 1 dan TAN 1, nombor pendaftaran TAX 1 sebelum ini mencatat harga jualan RM165,000.

-- BERNAMA

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

Lelaki Bogel Menguji Kekuatan Angkat Teksi

http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/03/19/article-1269007800847-08C83831000005DC-502719_636x326.jpg
Cubaan lelaki bogel untuk mengangkat teksi, diperhatikan oleh pemandu teksi dan orang ramai. (Kredit Gambar: Quirky China News/Rex)


Semuanya bermula apabila seorang lelaki yang berbogel berlari keluar ke jalanraya yang sibuk dan menahan sebuah teksi. Pemandu teksi yang bingung keluar daripada teksinya untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Lelaki bogel itu mencapai bumper hadapan teksinya dan cuba mengangkatnya - tanpa banyak perubahan - daripada tanah.

Sekumpulan orang ramai yang kehairanan mula berkumpul untuk melihat 'persembahan' itu lelaki itu terus meneruskan usahanya untuk mengangkat teksi itu. Saksi-saksi melaporkan bahawa kadang-kadang dia berteriak "tolong beri kekuatan kepada saya!" sambil dia bergelut dengan teksi.

Kejadian aneh itu berlaku di Hefei, wilayah Anhui, timur China.

Polis akhirnya tiba dan mencuba untuk menahan lelaki bagi memaksanya berpakaian semula - tetapi lelaki itu menyorok di bawah van polis dan enggan untuk keluar.

Bagaimanapun dia akhirnya berjaya dipujuk keluar dari bawah van polis oleh pegawai polis dan kakitangan perubatan.

Sumber : www.metro.co.uk


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

GEMPAR : Operasi Meroboh Rumah Setinggan Kempas Johor.

http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs425.ash1/23531_1251450683211_1137818236_30643614_4311102_n.jpg
Bantuan tenaga diperlukan untuk mempertahankan penempatan penduduk setinggan Kg Denai Pinggiran, Kempas pada 23 dan 24 Mac 2010. Kehadiran awal sangat perlu. Tidur di Kempas. Pihak berkuasa dijangka akan merobohkan kawasan ini seawal jam 7 pagi.

Justeru berkumpul di Pusat Aduan Rakyat Kempas, No. 39 Jln Dahlia 9, Tmn Dahlia, Tampoi mulai jam 9 mlm pada isnin 22hb Mac 2010.

Jika sesiapa mahu menyalurkan bantuan untuk penduduk dan petugas salurkan ke
bank Islam 01041010010560 atas nama PAS KAWASAN PULAI dan maklumkan kepada Hamdan 013-7397965. Tolong sebarkan semua rakan-rakan anda ..

Suhaizan Kayat -Penyelia Pusat Aduan Rakyat Kempas (0197285174)



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks