
Antara nama yang disebut oleh Zahrain ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan); Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan) dan Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Dua lagi ialah Datuk Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) yang menjadi wakil rakyat Bebas selepas Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN pada 17 September 2008.
APA JAWAB MEREKA??
Tengku Razaleigh Hamzah“Itu tidak betul, kalau saya nak masuk mana-mana parti, tak tunggu dia isytiharlah, saya ini orang jantan,” kata Ku Li selepas majlis Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di sini malam tadi.
Datuk Bung Moktar Radin
“Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan. Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.
Datuk Dr Chua Soon Bui & Datuk Eric Majimbun
“Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya. Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” kata Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui dalam kepada mStar Online hari ini.
Dr Mohd Puad Zarkashi
“Dalam mimpi saya menerima petunjuk jika menanda tangani surat itu, seolah-olah saya menjual negara. “Keesokannya, saya menjelaskan perkara itu kepada penyokong kuat Anwar, Dr Abdul Rahim Ghouse dan minta beliau sampaikan kepada Anwar saya sedia menjadi pembangkang kalau betul kerajaan BN tumbang,” katanya di Lobi Parlimen.
Datuk Abdul Ghapur Salleh
“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya. Datuk Abdul Ghapur Salleh, akan menjawab dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
“Pemimpin kanan PKR Sarawak menemui saya dua kali di pejabat, manakala dua kali lagi saya dihubungi melalui telefon oleh pemanggil dari Kuala Lumpur yang mendakwa wakil Anwar,” kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau dipujuk lima kali termasuk pemimpin kanan PKR Sarawak dalam tempoh dua minggu untuk menyertai parti itu.
Katanya, tiada sebab menarik diri daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB), sedangkan beliau enggan berbuat demikian ketika semua keluarganya keluar parti pada 1987.
Sumber : Bernama,Berita Harian,CyberezJika anda minat artikel ini :
