blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bekas Panglima Angkatan Tentera Dakwa Zahrain Bohong!

Thursday, March 18, 2010
Wah! Wakil pembangkang tak payah jawab tuduhan Zahrain terhadap DS Anwar Ibrahim nampaknya...
Bekas Panglima Angkatan Tentera sendiri nafikan dakwaan Angkatan Tentera menyokong tindakan perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai PM ke-6.
Ke nak kena Agong pula jawab tuduhan Zahrain tu??
:Author Faethal



KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam sidang media menafikan dakwaan bahawa Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam menyokong tindakan perlantikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke- 6 ketika menghadiri majlis perasmian bangunan Zetro Centre of Excellence di Subang di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan).

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Pusat Pelacuran Gay Terbakar, Lelaki Diselamatkan Dalam Keadaan Bogel

http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/03/18/article-1268908219067-08C465C5000005DC-982136_636x404.jpg
'Memeth J' berlindung sebalik pada balkoni bangunan yang sedang terbakar - dengan harapan keluarganya tidak mengenalinya daripada 'belakang'.


Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai 'Memeth J', berkata bahawa dia sedang melawat kawannya yang tinggal di pangsapuri di Basel, Switzerland, yang menjadikan bilik bawah tanahnya sebagai sarang pelacuran transeksual (pondan)- tetapi menolak apabila dikatakan beliau salah seorang pelanggan.

Dia memberitahu akhbar Blick bahawa dia berkawan dengan rakan transeksualnya, yang hanya dikenali sebagai 'Tamilo H', sejak sepuluh tahun lalu, dan mengadakan parti dengannya di pangsapuri itu. Dia tertidur dan hanya terbangun ketika mendapati pangsapurinya terbakar.

Lalu dia melarikan diri ke balkoni - tetapi ia dapati telah ramai dengan bomba, krew TV dan jurugambar-jurugambar di luar. Dia berjaya dipujuk untuk meninggalkan balkoninya apabila anggota bomba berjanji untuk menutup mukanya.

"Saya berharap keluarga saya tidak mengenali saya daripada bahagian punggung saya," katanya.

"Saya seorang gay, tetapi keluarga saya tidak mengetahuinya jadi saya tidak boleh mendedahkan wajah saya," Memeth berumur 33 tahun turut memberitahu akhbar Blick ia bekerja di sebuah bar gay di Zurich.

Sumber : www.metro.co.uk


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

Kehidupan Kecil Obama Di Indonesia

Barack Obama, yang dikenali sebagai Barry Soetoro,(tengah) semasa berada di sebuah majlis harijadi kawan sekelasnya di Jakarta, Indonesia.

Gambar ini diberikan kepada Associated Press oleh Hadi Surya Dharma, rakan zaman kanak-kanak Obama, yang duduk di sebelah presiden dalam foto hitam putih ini.

Obama, yang telah dilahirkan hasi perkahwinan bapanya yang berasal daripada Kenya dan ibunya daripada Amerika, telah berpindah ke Indonesia ketika ia berusia tujuh tahun - selepas ibunya berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia ketika belajar di University of Hawaii.

Obama dan ibunya mula-mula tinggal di rumah di kawasan Menteng Dalam, Jakarta.

Kini ianya dipenuhi lambakan rumah-rumah dan jalan-jalan yang sempit di sebalik bayangan menara blok-blok bangunan tinggi, pada masa dahulu ianya di pinggir bandar dan pokok-pokok buahan menjadi mercu tanda.

Kebanyakan keluarga masih tinggal di situ, dan ingin berkongsikan kenangan bersama budak lelaki yang mereka kenali sebagai Barry.

"Dia pergi ke rumah semua orang, bermain layang-layang bersama kanak-kanak tempatan, dan tersangkut di dalam paya," kata Coenraad Satja Koesoemah, yang membenarkan ibu Obama untuk menggunakan bilik depan rumahnya untuk memberikan pelajaran bahasa Inggeris secara percuma kepada penduduk tempatan.

"Dia adalah kanak-kanak Menteng Dalam, apa lagi yang boleh saya katakan?"

Untuk lima bulan pertama, Obama dilaporkan bergelut dengan penggunaan bahasa Indonesia tetapi tidak lama kemudiannya ia menjadi mahir.

Menurut kata orang, dia cepat menjadi kegemaran guru-guru dan murid-murid di situ, tetapi ada juga sesetengah antara mereka mengusik rupa parasnya.

Pengalaman awal itu disebut sebagai waktu-waktu utama yang membentuk pandangannya terhadap kehidupan.

"Satu daripada sebab mengapa ia seorang yangt tenang dan tidak suka bertarung adalah kerana dia mempelajari menangani usikan perbezaan budaya ini dari kecil," kata Kay Ikranagara, yang bekerja dengan ibu Obama di Jakarta dan tahu keluarga baik.

"Ianya hanya sekadar gurauan di sini, dan helah terbaik adalah supaya tidak menunjukkan anda terganggu."

Obama tinggal di Indonesia selama empat tahun sebelum pulang semula ke Hawai untuk tinggal dengan neneknya.

Dalam bukunya yang berjudul Dreams From My Father, Obama menulis yang ibunya telah "mempelajari jurang kehidupan rakyat Amerika daripada kehidupan sebagai warga Indonesia. Dia tahu keadaan jurangnya dan dia mahu anaknya untuk berada di mana kelak."

Sumber :AP

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Hotel? Tidak Ia Penjara!

Kemudahan fasiliti di penjara Austria agak 'mewah'. Ramai pendatang asing datang ke Austria disebabkan tarikan kepada kondisi penjara di sini.

Sumber gambar :
huanqiu.com


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_11n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_21n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_31n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_41n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_51n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_61n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_71n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_81n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_91n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_101n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_111n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_121n.jpg


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/18/13215626_131n.jpg





Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 4 comments

Raja Petra : Zahrain, Tolong Beritahu Keseluruhan Cerita









Ucapan Zahrain sebabkan Anwar keluar dewan


Ucapan sulung ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim selaku wakil rakyat Bebas hari ini yang mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR, menyebabkan suasana Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.

Malah kurang lima minit selepas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap mulai jam 5.05 petang, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 September".

Zahrain yang menyifatkan rancangan itu sebagai usaha untuk mengambil alih kerajaan tanpa mengira kesannya, berkata beliau masih ingat bagaimana wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi kononnya wakil rakyat BN yang akan lompat parti, lebih daripada mencukupi, lapor Bernama

Katanya mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan.

"Malah Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai perdana menteri keenam," kata Zahrain ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Di peringkat itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu.

Kekecohan berlaku apabila beberapa ahli parlimen BN dan pembangkang bangun untuk mencelah, termasuk ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang menggesa supaya Zahrain menarik balik kenyataannya.

Ketika itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee mengingatkan peraturan 36(8) bahawa kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim atau mana-mana Suruhanjaya tidak boleh disebut, kecuali dikeluarkan usul.

Zahrain kemudiannya menyambung ucapannya dengan mendakwa mereka juga dibohongi kononnya panglima angkatan tentera juga menyokong perancangan pembangkang itu yang kemudiannya menjadikan Dewan lebih gamat.

Dalam suasana kecoh itu, Zahrain meneruskan pendedahan mengenai kepincangan dalam perjuangan pakatan pembangkang yang menurutnya, menjadi perjuangan peribadi Anwar yang menyebabkan ketua pembangkang itu akhirnya bertindak keluar Dewan.

Ketika itu kedengaran ahli parlimen BN yang berteriak "pengecut" dan "berani, tunggu", mendesak supaya Anwar tidak keluar Dewan dan mendengar pendedahan mengenai kenapa Zahrain keluar parti kerana tidak percayakan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang.

Tian Chua (PKR-Batu) turut mempertikaikan kenapa Zahrain mendedahkan perkara itu selepas dua tahun pakatan memerintah Pulau Pinang.

Zahrain kemudian mengulangi dakwaannya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP sebagai ditaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.

"Saya turut simpati dengan kesedaran terlewat ini," kata Tian Chua lagi yang turut mempersoalkan kenapa Zahrain menerima anugerah Datuk Seri daripada kerajaan negeri.

Zahrain berkata perkara itu tidak timbul kerana pingat itu dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan beliau sebaliknya mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri memperjuangkan Islam dengan membangkitkan isu wang zakat dan isu perarakan Maulidul Rasul di negeri itu.

"YB Bagan (Lim Guan Eng) bukan saja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tohmahan jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat dengan tender Golf Bukit Jambul melalui syarikat modal dua ringgit, yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan.

"Saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dia. Dan yang paling malang tindak-tanduk diktatorial, cauvinis, ekstrem, anti-Islam dan ala komunis YB Bagan mendapat sokongan YB permatang Pauh (Anwar)," katanya.

Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Beliau mendedahkan antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada DAP sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagaimanapun menangguhkan ucapan Zahrain pada pukul 5.30 petang bagi membolehkan persidangan disambung semula esok.

-- Malaysiakini, 17 March 2010

*************************************************

Itu adalah apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini. Sebenarnya, terdapat beberapa kebenaran dalam apa yang Zahrain Hashim nyatakan jadi saya rasa Anwar Ibrahim tidak harus keluar daripada Parlimen. Dengan berbuat demikian ia seakan tuduhan Zahrain telah kena tepat di kepalanya, dimana saya juga mengandaikan begitu. Tetapi Anwar tidak sepatutnya mendedahkannya dengan ketara. Bermain poker lah , seperti saya. Senyum dan tunggu sehingga tiba masa anda untuk menyerang balik. Aiyah, Anwar, kamu seorang pemain poker yang teruklah!.

Sebagaimana saya berkata, Zahrain tidak berbohong kesemuanya. Dan sebaliknya fakta yang ditimbulkan Zahrain di dalam Parlimen menjadikannya dakwaan yang amat serius. Anda tidak boleh berbong di Parlimen. Jadi Zahrain tidak berbohong. Dia hanya tertinggal banyak fakta lain dalam kenyataannya di Parlimen hari ini(semalam).

Ia adalah benar di mana pembangkang itu telah diberitahu -- atau sekurang-kurangnya sebahagiannya telah diberitahu -- tentera dan Agong dalam keadaan ‘sedia' untuk mengadakan angkat sumpah kerajaan baru. Abdullah Ahmad Badawi telah sepatutnya diusir pada 2008 dan seseorang akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-enam.


Tetapi Perdana Menteri yang baru ini tidak semestinya Anwar. Ia adalah orang lain, seorang ahli Umno. Dan ianya bukan Najib. Ia adalah orang lain. Dan Zahrain , sudah tentu mengetahuinya walaupun beliau tidak menyebutnya di dalam Parlimen hari ini (semalam).

Plotnya adalah seperti berikut. Saya disuruh berjumpa Bul, nama pendek untuk Bulat. Semua ‘pelajar lama Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tahu saya bercakap tentang siapa. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas -- seorang ahli Umno daripada Badan Disiplin Umno yang menganggap saya saudaranya dan menasihatkan saya untuk pulang ke Malaysia dan membersihkan nama saya di mahkamah -- juga mengetahui siapakah Bul dan apa yang saya katakan.

Apapun saya dan Bul telah bertemu untuk pertama kali di La Bordega di Jalan Telawi, Bangsar. Isteri saya turut hadir, dan juga orang keempat yang duduk di situ tanpa membuka mulutnya dan tanpa mengatakan sebarang perkataan, seolah-olah dia seorang ahli KGB (Yeap, itu yang saya fikirkan).

Bul kemudiannya menceritakan kepada saya cerita tentang Rosmah Mansor, ADC LT KOLONEL NORHAYATI Hassan, dan suami Norhayati yang berpangkat Lt Kolonel, dan terlatih dalam penggunaan bagi C4 dan berada di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh. (Saya mengetahui ‘terlatih dalam penggunaan bagi C4' juga turut disahkan oleh orang lain, tentera Kolonel yang menjalankan latihan itu , jadi saya berasa yakin yang maklumat ini adalah betul).

Saya bertanyakan Bul apa dia mahu saya lakukan dengan maklumat ini. “Dedahkannya,” jawab Bul.

Saya memberitahu Bul jika saya melakukannya mereka akan menangkap saya dan menghantar ke penjara. Bul berjanji kepada saya jika itu berlaku mereka akan tampil ke hadapan untuk memberi keterangan. Mereka tidak akan membenarkan saya untuk dihantar ke penjara, Bul meyakinkan saya. Mereka akan datang untuk membantu saya dan memastikan yang kebenaran itu dibongkar.

Selepas pertemuan itu isteri saya memberitahu supaya saya melupakannya. Ia terlalu berisiko, isteri saya berkata. Jadi saya tidak melakukan apa-apa.

Bul kemudian meminta satu lagi pertemuan dan kali ini kami bertemu di Selangor Club untuk makan tengah hari pada hari Ahad. Lelaki misteri seperti ‘KGB' juga turut di situ, begitu juga isteri saya. Bul menyoal sama ada saya akan bertindak di atas maklumat yang dia berikan kepada saya dan saya menyambut, tidak. Saya tidak pasti sama ada maklumat itu benar atau tidak.

Bul meyakinkan saya ianya benar. Dia telah membaca laporan Intelligence Millitary yang telah dihantar kepada Perdana Menteri Pak Lah, Bul meyakinkan saya.

Saya memandang isteri saya yang menggelengkan kepalanya. Bul memberitahu isteri saya jangan risau. Bul menyatakan dia menawarkan jaminannya yang saya tidak akan diapa-apakan. Ini adalah 'dinamit' dan Pak Lah mengetahui ia akan jatuh tetapi beliau masih berdiam. Dan Najib juga akan jatuh maka Malaysia akan mendapat seorang Perdana Menteri baru. Kemudian kami boleh bercakap tentang membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Rakyat dan mungkin menawarkan Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tidak mendengar nasihat isteri, saya memberitahu Bul saya akan lakukannya. Tetapi dia mesti membela saya jika apa-apa terjadi. Tiada masalah, Bul berkata. Kol Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO mempunyai senaskhah salinan laporan yang telah dihantar kepada Pak Lah dan sedang menunggu untuk tampil ke hadapan bagi mendedahkan semua perkara.

Bul mahu tahu bila saya akan lakukannya dan saya kata mungkin saya akan menulis artikel tentangnya pada hari berikutnya. Tidak, tiada artikel, Bul menegaskan. Sebuah artikel tidak cukup bagus. Ia mesti satu akuan berkanun. Kerajaan tidak peduli sebuah artikel. Tetapi kerajaan itu tidak boleh mengetepikan satu akuan berkanun. Jadi ia mesti suatu akuan berkanun.

Sementara itu, saya dan isteri bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali untuk mengetahui sama ada dia bersetuju dengan calon baru untuk Perdana Menteri atau dia memilih untuk Najib untuk mengambil-alih. (Tan Sri Sanusi Junid boleh mengesahkan ini). Dr Mahathir memberitahu kami dia tidak menyebelahi Najib dan bersetuju dengan lelaki yang dinamakan oleh Bul.

Jadi kami telah mengaturkan pertemuan antara lelaki ini untuk bertemu Dr Mahathir dan mereka telah bertemu beberapa kali. Dr Mahathir juga menghantar Datuk Andrew Leong bertemu lelaki ini untuk membuat perjanjian. Saya, sebenarnya, disusun untuk pertemuan antara Andrew Leong dan lelaki ini. Saya turut serta menjadi pemerhati dalam pertemuan itu.

Perjanjian itu telah dipersetujui. Saya akan menandatangani Akuan Berkanun. Pak Lah akan digulingkan. Najib akan disekat dari mengambil alih kerajaan. Dan Perdana Menteri baru itu akan mengambil alih kerajaan dengan restu Dr Mahathir.

Tidak lama kemudian sesuatu telah berlaku. Calon untuk Perdana Menteri baru diminta untuk mengesahkan yang dia bersetuju kepada penubuhan Majlis Presiden apabila dia menjadi Perdana Menteri. Dan Majlis Presiden, akan diketuai oleh Dr Mahathir dan memberi ‘panduan' kepada Perdana Menteri baru.

Calon untuk Perdana Menteri berkata tidak. Jika dia menjadi Perdana Menteri dia akan membuat keputusan bagaimana negara ini ditadbir. Dia tidak akan menjadi Perdana Menteri boneka kepada Majlis Presiden yang mempunyai kuasa sebenar di belakang pentadbirannya. Dr Mahathir, sebenarnya telah mengumumkan semasa satu mesyuarat dihadapan kira-kira 1,000 anggota ahli Umno di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya yang Majlis Presiden ini akan ditubuhkan dan Perdana Menteri akan datang akan menjawab tentangnya.

Bila lelaki ini berkata tidak, Dr Mahathir membuangnya dan berpaling kepada Najib. Najib telah kembali dalam perancangan dan lelaki ini sudah terkeluar. Tetapi sialnya, dalam sementara waktu itu saya telah telah pun menandatangani Akuan Berkanun yang bukan sahaja untuk menyingkirkan Pak Lah tetapi juga menolak Najib.

Saya adalah satu keaiban kepada mereka. Mereka perlukan Najib sejak lelaki itu tidak setuju dengan penubuhan Majlis Presiden manakala Najib bersetuju. Jadi mereka perlukan sesuatu untuk membersihkan nama Najib. Untuk melakukannya, mereka perlu menjatuhkan saya.

Kepada pembaca-pembaca yang disayangi, inilah sebab mengapa saya dalam keadaan kesusahan ini. Saya sepatutnya menjadi pemangkin menyingkirkan Pak Lah dan menghalang Najib daripada mengambil alih kerajaan. Tetapi perjanjian itu telah rosak. Dan insan lain yang sepatutnya untuk mengambil alih telah diketepikan. Dan saya diberi ‘kad merah' dan keluar padang.

Ini membuatkan isteri saya menjadi marah gila. Bila saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Bul menelefon isteri saya dan berkata bahawa lelaki ini hendak bertemu dengannya. Isteri saya memberitahu Bul untuk memberitahu lelaki ini pergi jahanam dan meletakkan telefon.

Isteri saya kemudiannya bertemu Anwar untuk memberitahunya keseluruhan cerita, yang kebanyakannya Anwar sudah mengetahui. Anwar pergi untuk bertemu lelaki ini, yang telah sepatutnya menjadi Perdana Menteri baru. Anwar memberitahunya saya telah menandatangani Akuan Berkanun itu kerana mereka yang menyuruh saya berbuat demikian. Dan ia sepatutnya untuk membuka jalan kepada lelaki ini , bukannya Najib, untuk mengambil-alih jawatan Perdana Menteri.

Tetapi dia tidak berani tampil ke hadapan untuk menyingkap apa sebenarnya berlaku dan mengapa saya sendiri yang menandatangani Akuan Berkanun. Isteri saya kemudiannya mendesak Anwar pergi ke mahkamah untuk bertemu saya dan memberitahu saya secara peribadi, dan Anwar turuti. Saya akhirnya tahu bahawa mereka telah meninggalkan saya sebagai ‘kemusnahan sampingan' dan sebab itu saya bersendirian sekarang.

Apapun, saya kaitkan cerita ini dengan kenyataan kepada Special Branch, yang telahpun direkodkan. Saya sepatutnya kemudiannya menandatangani kenyataan saya itu, proses normal apabila mereka mengambil kenyataan semasa anda menjadi tahanan ISA.

Tetapi mereka tidak pernah membenarkan saya menandatangani kenyataan saya. Pada hari saya sepatutnya menandatangani kenyataan saya, mereka telah menghantar saya ke Kamunting. Saya mungkin satu-satunya tahanan ISA yang tidak diberi untuk menandatangani kenyataan. Dengan jelas, mereka takut membenarkan saya menandatangani kenyataan saya supaya jika kerajaan ini jatuh satu hari nanti, kenyataan ini tidak akan jatuh kepada tangan sebuah kerajaan yang baru.

Datuk Zambri Ahmad, orang kanan dalam Special Branch yang bertanggungjawab menyoal siasat saya, mengetahui apa sebenarnya yang saya katakan ini. Dia turut mengesahkan dia secara peribadi mengenali Kolonel Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO yang saya katakan tadi.

Jadi Zahrain tidak berbohong di Parlimen hari ini (semalam). Apa yang diberitahunya dalam Parlimen perihal tentera dan Agong sedang bersedia untuk mengangkat sumpah kerajaan baru adalah benar. Zahrain hanya tidak memberitahu kepada Parlimen keseluruhan cerita sebenar. Dan saya hanya menyusun kepingan-kepingan gambar yang tidak lengkap.

Terima Kasih Zahrain. Dengan menimbulkan perkara ini di Parlimen membenarkan saya menambahkannya cerita untuk anda. Muchos gracias.

TERJEMAHAN DARI BLOG RAJA PETRA.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

Hansard Parlimen Zahrain

Yb Zahrain,
Kecewa dengan DSAI & menjadi BEBAS kerana agenda ke Putrajaya pada 16 September gagal?
Kenapa baru sekarang kecewa?
Kenapa tidak kecewa kecewa dari dulu...
Kenapa kecewa selepas tender syarikat RM2 tidak berjaya..
:Author Faethal


"Agenda merampas Putrajaya dengan at all cost (dengan izin), keghairahan mereka sehingga terhegeh-hegeh, menghantar delegasi sandiwara dianggotai oleh YB Batu, YB Bukit Lanjan, YB Bachang dan lain-lain ke Taiwan membontoti ahli Parlimen BN demi melaksanakan agenda sempit mereka."

"Saya masih teringat bagaimana pada masa itu saya ahli Parlimen PR diperalatkan, digula-gulakan & dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah ahli Parlimen BN yang telah melompat lebih daripada mencukupi. Kami diperdaya dengan cerita kononnya Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapat pengesahan jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk PR membentuk kerajaan Persekutuan"

Hansard Parlimen YB Zahrain.



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks