blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kapal Selam Rosak, Jet Hilang Enjin, Nuri Nak Terhempas!

Wednesday, March 17, 2010
Apa nak jadi sistem pertahanan negara?
Ada kapal selam....tak boleh menyelam,

Ada jet....enjin hilang,

Ada helikopter....rosak nak terhempas.

:Author Faethal



ALOR GAJAH, 17 Mac -- Sebuah pesawat Nuri (kiri) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Pulau Sebang di percayai akibat kerosakan teknikal di sini, hari ini.

Helikopter tersebut dari Pangkalan TUDM Sungai Besi menuju ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) Johor Baharu mendarat cemas pada pukul 9 pagi tadi.

Sumber : Bernama




Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Mesyuarat Agong Katak Pertama

Wah! sukanya Berahim Ali...
Mana tak suka, dah dapat geng baru..
Kat Parliman dah ada posisi Ketua Pembangkang,
Lepas ni Berahim Ali boleh la usul jawatan Ketua Bebas atau lebih sedap dipanggil..
KETUA KATAK...
Wakakaka
:Author Faethal


KUALA LUMPUR, 17 Mac -- ANGGOTA BEBAS...Empat anggota parlimen bebas (dari kiri) Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) berbincang sesama mereka sebelum sesi perbahasan bermula di Parlimen di sini, hari ini.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi tumpuan dan sejarah kerana terdapat pertambahan kerusi anggota Parlimen Bebas kerana empat anggota PKR ini menjadi wakil Bebas.
Berdasarkan kedudukan terkini, Barisan Nasional selaku parti pemerintah menguasai 137 kerusi , PKR mempunyai 27, DAP (28), PAS (23) dan Bebas (tujuh).

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Zulkifli Nordin VS Lee Chong Wei

Ehemm....
Zul lupa Lee Chong Wei seorang Cina?
Ya..Cina kan yang Chauvinis...Terutama dari Pulau Pinang..
Ya...Lee Chong Wei berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang..

:Author Faethal


KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bersalaman dengan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei pada jamuan makan tengah hari meraikan kejayaan Chong Wei meraih kejuaraan acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton All England bersama anggota-anggota Parlimen di Dewan Bankuasi di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Sumber : Bernama
Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Istana Khalifah Bani Umayyah Ditemui

Seorang ahli arkeologi membersihkan batu yang mempunyai ukiran tujuh cabang Menorah.


Jerusalem - Runtuhan di bahagian utara Israel yang sebelumnya disangkakan bekas sebuah rumah ibadat yahudi kini telah disahkan sebagai istana abad ke-7. Istana itu digunakan oleh khalifah Bani Umayyah yang memulakan pembinaan Kubah Batu (Dome of the Rock) Jerusalem.

Tapak di tepi Danau Galilea adalah tempat istana Al-Sinnabra, yang telah digambarkan oleh sejarawan Arab lebih awal, tetapi lokasi yang tepat sudah lama tidak diketahui, menurut Tel Aviv University, di mana Institute of Archaeology mengetuai ekspedisi penggalian baru-baru ini.

Arkeologi mula menggali tapak itu di awal 1950-an, tetapi diidentifikasi sebagai cebisan runtuhan sebuah rumah ibadat Yahudi kuno, bagaimanapun teori itu dipersoalkan pada tahun 2002 oleh pakar University of Chicago yang mengidentifikasikan tapak itu adalah istana Al-Sinnabra.

Penggalian terbaru dan penelitian oleh Universitas Ibrani di Jerusalem mengesahkan tapak itu adalah istana di mana para penguasa Umayyah menghabiskan masa ketika musim sejuk.

Di antara para khalifah yang menggunakan istana Abd al-Malik, yang memperkasai pembangunan Kubah Batu di kompleks Masjid Al Aqsa yang merupakan tapak Islam tersuci ketiga setelah Mekah dan Madinah di Arab Saudi.

Bani Umayyah adalah dinasti Arab Muslim terawal yang menguasai sebahagian besar Timur Tengah dan Afrika Utara 661-750 M.

Sumber : AFP


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

Mati Ketika Seks Dalam Kereta


Sepasang pasangan kekasih dari Rusia yang mengadakan hubungan seks di dalam kereta mereka, di dalam sebuah garaj kecil mati kerana keracunan karbon monoksida.

'Seorang lelaki dan seorang wanita berada di dalam kereta Volkswagen mereka untuk mengadakan hubungan seks... kebiasaannya mereka menghidupkan enjin kerana mereka,' agensi berita Interfax hari ini melaporkan, memetik satu sumber pasukan polis Moscow.

Kemungkinan ketika 'terlalu asyik', pasangan daripada selatan Moscow ini menyedut gas itu dan telah mati, sumber itu menambah.

Ramai masyarakat Rusia menyimpan kereta mereka di dalam garaj besi seperti kotak kecil berdekatan rumah-rumah mereka, yang tidak meninggalkan mempunyai banyak ruang selain daripada kereta, dan semestinya tidak baik untuk pengalir udaraan.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 5 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks