blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ribuan Sambut Chong Wei Di KLIA

Tuesday, March 16, 2010

PUTRAJAYA, 16 Mac -- Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan pingat kejuaraan Seluruh England sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menunjukkan pingat kejuaraan Seluruh England yang dimenangi Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei melambai tangan kepada peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi tumpuan lensa kamera termasuk seorang kanak-kanak sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei diserbu peminat ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini setelah menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England kali ke-100 selepas menewaskan pemain Jepun Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham. Turut mengiringi beliau Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sumber : Bernama





Jika anda minat artikel ini :

thanks1




thanks1
Read Full 3 comments

Lelaki Terkecil Dunia Meninggal Dunia

He Pingping

Lelaki paling rendah di dunia, He Pingping, telah meninggal dunia pada usia 21, jurucakap Guinness World Records melaporkan.

Pingping yang mempunyai ketinggian 29 inci, telah difilemkan dalam satu rancangan televisyen di Itali apabila dia mengalamai masalah pada dadanya.

Lelaki kelahiran China ini menjadi pemegang rekod sejak Mac 2008, telah dibawa ke hospital Rom untuk menjalani rawatan tetapi meninggal dunia pada Sabtu lalu. Ia difahamkan meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Craig Glenday, ketua pengarang Guinness World Records dan juga lelaki yang bertanggungjawab mengambil ukuran ketinggian Pingping di Inner Mongolia dan mengesahkan statusnya sebagai lelaki paling kecil di dunia, turut memberikan penghormatan kepadanya.

Katanya: "Sejak saya melihatnya saya tahu dia seseorang yang istimewa - dia memiliki sebuah senyuman comel dan personaliti nakal, anda tidak dapat mengelak daripada tertawan dengannya."

"Dia menghiburkan hati setiap orang yang ditemuinya, dan memberikan inspirasi kepada sesiapa yang berbeza atau luar biasa."

Pingping, yang telah dilahirkan sebagai insan kerdil, telah diiringi oleh abang iparnya ketika perjalanannya ke Eropah untuk rakaman Lo Show Dei Record. Penggantinya akan diumumkan pada tarikh yang sesuai kelak, Guinness World Records menyatakan.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Takziah Buat Keluarga Mendiang P.Panthiyan

Mendiang P.Panthiyan merupakan Ketua Pemuda Penyokong PAS Perak.
Diharapkan semoga semua ahli keluarga mendiang dan juga semua ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar, tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku ini.
:Author Faethal


IPOH, 16 Mac -- MATI ... P.Panthiyan, 34, seorang pengusaha kedai cuci kereta mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki bermotosikal di pekan Langkap, Teluk Intan 90km dari sini, semalam.

Mangsa cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat. Orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di nombor 05-6212222 untuk membantu siasatan.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks