blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Mayat Bayi Di Surau Bukit Tinggi

Monday, March 15, 2010
Tak tahu nak menyumpah apa lagi dah...
Babi,sial,setan terlalu lembut
Memang dasar syaitan laknatullah!!
Moga tempat mereka di neraka jahannam
dan mendapat seksaan yang azab di kubur nanti..
:Author Faethal



KLANG, 15 Mac -- MALANG ... Keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui seorang pekerja stesen minyak berhampiran surau di Bandar Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Mayat bayi baru lahir itu ditemui di dalam plastik sampah yang ditinggalkan di atas rumput kir-kira pukul 6.30 pagi.


Seorang anggota polis melihat mayat bayi lelaki yang ditemui berhampiran surau di sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi di sini, hari ini. Mayatnya kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Sumber : Bernama
Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Kampung Tanjung Punai Diroboh Tanpa Notis

Semasa di Pulau Pinang, kecoh di media utama tentang kezaliman kerajaan PR kes Kg Buah Pala. Walaupun tuntutan masa dan pampasan diberikan kerajaan negeri. Kerajaan negeri masih di cop tidak berperikemanusiaan oleh media.

Tetapi kes di Pahang ini senyap tanpa hebahan di media utama. Sudahlah tiada pampasan,tetapi dirobohkan tanpa sebarang notis.

Lebih malang ianya kampung miskin yang majoriti penduduknya adalah melayu.
Dimana parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)??
Sibuk melobi katak lagikah??
:Author Faethal



KUANTAN, 15 Mac -- ROBOH...Jentolak milik sebuah syarikat ketika merobohkan rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Tanjung Punai.


Penduduk Kampung Tanjung Punai berkumpul dan berdoa apabila rumah yang mereka duduki lebih 20 tahun dahulu akan dirobohkan selepas tanah itu dibeli oleh sebuah syarikat.

Penduduk yang majoriti adalah miskin dan tidak memiliki rumah sendiri memberitahu tanah yang mereka duduki itu sebelum ini adalah tanah kerajaan tetapi telah dijual. Penduduk mendakwa syarikat terbabit tidak memberi sebarang pampasan atau bayaran supaya penduduk boleh berpindah ke tempat lain.


MUSNAH...Penduduk Kampung Tanjung Punai terpaksa berputih mata apabila kebun yang mereka usahakan lebih 20 tahun lepas rosak akibat tindakan sebuah syarikat memasukkan jentolak bagi "membersihkan" kebun itu.

Tambah menyedihkan apabila tindakan itu dilakukan tanpa sebarang notis dan perbincangan bersama penduduk.

Kelihatan seorang penduduk, Pah Yong, 65, memeluk pisang nangkanya selepas kebun yang diusahakannya rosak teruk. Menurut, Pah Yong tanah yang mereka usahakan ini dahulunya adalah tanah kerajaan tetapi telah dijual oleh sebuah syarikat.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Kematian Dr Azhari & Nordin M.Top Angkara Israel

Bagaimana agaknya kedudukan pasukan elit Israel ini di Malaysia?
:Author Faethal

Gideon's Spies: The Secret History of the Mossad

Jakarta - Jejak mata-mata rahsia Israel, Mossad, dihidu di Indonesia. Kabarnya, Mossad lah yang memaklumkan kepada Jakarta tentang kedudukan Azhari Husin di Batu, Malang. Apakah pasukan elit mata-mata yang paling disegani di dunia itu juga turut mencampuri di dalam penyerangan teroris di Ciputat dan Aceh?

Seorang wartawan bernama Gordon Thomas mengungkapkan kejadian itu dalam bukunya yang berjudul, ‘Gideon's Spies’ yang diterbitkan Pustaka Primatama.

"Seorang informan Mossad di Jawa Timur menghubungi pegawai pengedalinya dan menceritakan bahawa dia melihat sejumlah orang menyewa rumah di Batu. Salah satu di antaranya mirip Azhari dan Noordin M Top. Tapi Noordin tidak lama di rumah itu."

Thomas tidak menjelaskan di manakah katsa (istilah Mossad untuk pegawai kes) itu tinggal. Namun dia menulis bahawa hanya dalam beberapa jam, si mata-mata sudah sampai di Batu, Malang.

Setelah memastikan bahawa memang Azhari dan anak buahnya berada di rumah itu, mata-mata Mossad tersebut segera melakukan sambungan telefon ke Kedutaan Israel di India. Lalu, Kementerian Luar Negeri India diberitahu yang kemudiannya menghubungi rakan sejawatnya di Jakarta.

Maka, tulis Thomas dalam bukunya yang sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia, operasi penyerangan pun dilakukan pada awal November 2005 kerana informasi Mossad.

Dalam penyerangan itu Azhari tewas dan Noordin M Top tidak ditemui, sama seperti yang dikatakan sang informan bahawa Noordin sudah meninggalkan rumah sehari sebelum penyerangan.

Tapi kenapa peranan Mossad itu tidak diketahui umum? Thomas menjelaskan: selama ini memang seperti itulah yang diinginkan Tel Aviv dan negara-negara yang dibantu, tidak akan berterima kasih kepada Mossad.

Thomas menulis bahwa Azhari adalah pakar bom yang langsung direkrut oleh Osama Bin Laden. Selama pelariannya, dia diketahui pernah berada di India dan merancang serangan bom di negara itu. Bahkan katanya dia turut ikut merancang serangan bom di kereta bawah tanah di London.

Jika benar apa yang ditulis oleh Thomas, maka boleh dikatakan bahwa Mossad memiliki jaringan yang kuat di Indonesia. Dan, bukan mustahil mereka memasuki informasi tentang kedudukan teroris di Ciputat dan Aceh.

Sumber : www.inilah.com


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Katak Di Parlimen

Geng Katak + Geng Pecat = Geng Jahanam..
:Author Faethal



KUALA LUMPUR, 15 Mac -- Kelihatan anggota Parlimen Bebas, (dari kiri) Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri dan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Bahar Zulkifli Noordin menghadiri majlis perasmian Penggal Ketiga Parlimen ke-12 di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan penuh adat istiadat. Mesyuarat pertama penggal ketiga akan bermula esok dan berakhir 15 April.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Kemungkinan Penjara Kerana Bercium Ditempat Awam

Pasangan British yang ditangkap kerana bercium di khalayak ramai di Dubai, Charlotte Adams dan Ayman Najaf

Ayman Najafi dan Charlotte Adams berkata mereka hanya mencium pipi antara satu sama lain dan bukannya ciuman bibir. Ini bermakna mereka tidak melanggar undang-undang kesopanan di Dubai.

Pasangan ini ditahan berikutan satu aduan tentang kelakuan tidak sopan mereka di sebuah restoran. "Tidak ada ciuman bibir. Ia hanya sapaan normal yang tidak mengganggu ketenteraman," peguam Khalaf al-Hosani memberitahu Mahkamah Misdemeanours, Dubai.

Najafi, seorang eksekutif pemasaran berusia 24 tahun daripada Palmers Green, London utara, dan Charlotte Adams, 25, hanya sekadar rakan, dia menambah. En al-Hosani menyatakan satu-satunya saksi - seorang wanita Dubai berusia 38 tahun - telah memberi keterangan yang bercanggah tentang apa yang telah terjadi di restoran itu dalam kawasan Jumeirah Beach Residence pada November 2009.

"Dia memberitahu polis yang dia melihat perlakuan ciuman mereka, tetapi dia memberitahu mahkamah anak-anaknya yang telah melihat perlakuan mereka,"katanya.

Mereka turut didenda 1000 dirham (RM1000) kerana berada di tempat awam selepas meminum minuman keras - satu kesalahan di Dubai, walaupun meminum minuman keras bukan satu kesalahan di sana.

Najafi telah tinggal di Dubai selama 18 bulan, dia kerja sebagai perunding untuk Hay Group, sebuah firma pemasaran.

http://i.telegraph.co.uk/telegraph/multimedia/archive/01596/dubai3_1596811c.jpg
Charlotte Adams, 25, adalah seorang ejen hartanah dari North London

Miss Adams melawat negara itu dan tinggal dengan rakan yang lain. Teman satu flatnya Jade Christa Williams, bertindak selaku jurucakap untuk Miss Adams berkata apa yang berlaku adalah "satu salah faham yang sangat besar".

"Dia sama sekali tidak bersalah dan berharap untuk pulang tidak lama lagi untuk meneruskan hidupnya," tambahnya lagi

Pasangan itu telah dibebaskan atas jaminan dan menunggu sehingga 4 April untuk mengetahui keputusan mahkamah.

Sumber : www.thesun.co.uk




Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Aksi Lucu Di Roller Coaster

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/14/13210435_71n.jpg
Aksi ganas!


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/14/13210435_61n.jpg
Aksi gosok gigi..


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/14/13210435_11n.jpg
Aksi cheese..


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/14/13210435_21n.jpg
Aksi kung-fu..


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/14/13210435_31n.jpg
Aksi HULK...


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/14/13210435_41n.jpg
Aksi romantik..


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/14/13210435_51n.jpg
Aksi Black Metal pun ada..


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/14/13210435_81n.jpg
Aksi main chess...LOL!


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks