blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bila Mohsin Pening Kepala!

Saturday, March 13, 2010
Katanya...ada pihak dalam pakatan pembangkang desaknya kosongkan kerusi..
Siapa pembangkang di Pulau Pinang??
Dan yang lawaknya...
Hodoh benar aku tengok rupa katak tua ni...wakakaka
:Author Faethal




IPOH, 13 Mac -- Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri ketika sidang media mengenai kedudukan beliau yang keluar parti setelah menjadi Anggota Parlimen Bebas di sini, hari ini.




Reaksi anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri ketika sidang media hari ini.
Beliau hari ini menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi parlimen berkenan walaupun ada pihak dalam pakatan pembangkang mendesaknya berbuat demikian.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 4 comments

Pendedahan Gambar Sebenar Windows XP Wallpaper

Ia mungkin kelihatan seperti sebuah bukit kecil biasa - tetapi landskap ini adalah satu daripada imej yang paling kerap dilihat di seluruh dunia dan ia telah membuatkan seorang jurugambar memperoleh keuntungan yang besar!.

http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/03/11/article-1268297199508-08A82A98000005DC-261621_636x341.jpg
Pemandangan sebuah bukit di Sonoma Valley,California yang menjadi imej wallpaper bagi program Windows XP.

Ramai yang beranggapan imej wallpaper bagi Windows XP adalah satu imej ciptaan digital - tetapi hakikatnya ia adalah gambar sebenar yang telah diubahsuai secara digital.

Jurugambar Amerika, Chuck O'Rear telah mendedahkan ketika dia memandu sepanjang jalan di Highway 121, California Sonoma Valley secara tiba-tiba satu pemandangan telah menarik perhatiannya.

Dia memberhentikan keretanya lalu menangkap gambar melalui celahan pagar dawai yang memagari kawasan itu.

'Saya tidak “mecipta” situasi ini. Saya hanya berada di sana pada waktu yang sesuai lalu mendokumentasikannya,' katanya.

http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/03/11/article-1268297281380-08A82B29000005DC-861918_466x310.jpg
Imej yang popular bagi pengguna Windows XP.


Lebih daripada satu bilion komputer-komputer rumah yang merentasi dunia, menjadikan imej ini paling kerap dilihat di seluruh dunia.

'Saya pasti komputer-komputer di Kremlin juga mempunyai foto ini,' selorohnya. Mereka menggunakan program Microsoft.

Microsoft membayarnya untuk gambar ini, supaya dia merahsiakannya. Yang pastinya dia mengakui satu jumlah wang yang ‘luar biasa' jumlahnya - jumlah kedua terbesar pernah dibayar kepada seorang jurugambar.

Jumlahnya kedua tertinggi berbanding nilai wang yang dibayar untuk foto presiden Bill Clinton memeluk Monica Lewinsky.

Kelihatan ladang anggur di dalam gambar telah dirosakkan filoksera kutu pada awal 1990an - semua pokok anggur telah dibuang untuk sementara waktu, begitulah pemandangan pada foto milik O'Rear ini. Dia mendedahkan imej ini selepas Microsoft menggunakan imej wallpaper yang lain untuk Windows versi terbarunya.

Penulis blog Californian terkejut apabila lokasi sebenar foto ini telah didedahkan. ‘Saya kerap memandu melepasi sepanjang masa bukit itu! Saya tidak pernah perasankannya,' katanya. ‘Saya hanya berfikir Wallpaper itu adalah sebahagian daripada Tellytubbyland,' kata seorang blogger lain.

En O'Rear menghabiskan selama 25 tahun merentasi seluruh dunia sebagaii seorang jurugambar untuk majalah National Geographic, tetapi dia yakin foto antara karyanya yang terkenal.

'Ramai yang mungkin mengingatinya apabila saya sudah tiada,' katanya. ‘Ia akan mungkin ditulis dalam obituari saya.'


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Anggota Tentera Maut Kemalangan Dengan YB Tian Chua


Mohd Salleh Hamdan


KOTA TINGGI, 13 Mac -- Anggota tentera Mohd Salleh Hamdan, 22, maut selepas motorsikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Aggota Parlimen Batu, Tian Chua di KM49 Jalan Johor baharu-Mersing berhampiran Hutan Lipur panti, di sini, malam tadi.

Mohd Salleh yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi.

Pemandu Tain Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber : Bernama


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks