blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Wajah-wajah Terakhir Canselor UNISEL

Thursday, March 11, 2010


SHAH ALAM, 11 Mac -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) beramah mesra bersama para graduan selepas sesi bergambar pada Majlis Konvokesyen ke-3 Diploma Kejuruteraan Jepun 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam. Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan), Duta Jepun Horie Masa Hiko (dua kanan).

Seramai 79 orang pelajar mendapat Diploma pada konvokesyen kali ini.


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) menyampaikan Anugerah Emas Canselor kepada penuntut Diploma jurusan Kejuteraan Elektrik dan Elektronik, Nurrul Syafawati Humam (kanan) pada Majlis Konvokesyen Ketiga Diploma Kejuruteraan Jepun 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.



Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) bersama para graduan menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas sesi bergambar pada Majlis Konvokesyen Ketiga Diploma Kejuruteraan Jepun 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, hari ini. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) dan Duta Jepun Horie Masa Hiko (dua, kanan).


Sumber : Bernama

Adakah pada Majlis Konvokesyen ke-4 Diploma Kejuruteraan Jepun 2011 Canselor UNISEL akan bertukar?
:Author Faethal

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Keindahan Gerhana Matahari

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/11/13206282_41n.jpg
Gambar-gambar itu telah diambil semasa satu gerhana di sebuah kepulauan terpencil, Marshall Islands oleh jurugambar, yang juga seorang profesor matematik, Milloslav Druckmuller, di Lautan Pasifik Papua New Guinea pada Julai, 2009.


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/11/13206282_11n.jpg
Persembahan imej yang menarik serta korona suria yang membentuk matahari dalam "suasana" yang mengkagumkan ketika matahari melalui di belakang bulan.


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/11/13206282_21n.jpg
Ini pula gambar di Marshall Islands yang diambil pada 2008. Duckmuller telah mengembara ke seluruh duniauntuk melihat gerhana.


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/11/13206282_31n.jpg
Selain ianya sangat panas, ionised gas korona (dipanggil plasma) mempunyai ketekalan yang sangat halus. Ia kurang daripada satu berbilion-bilion ketumpatan hidrogen untuk membentuk matahari.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Murid Tahun Empat Maut Lintah Masuk Dubur

Siti Nazirah Abd Kadir

JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.

Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang.
Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.

Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.

Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.
Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 5 comments

Tembikai Kembar


Pengusaha kedai motosikal Tan Kea Nam, 48, menunjukkan buah tembikai kembar seberat 11 kilogram di kedainya di Batu 4, Taman Satria, Jalan Langgar.


ALOR SETAR, 10 Mac -- TEMBIKAI KEMBAR... Tembikai kembar seberat 11 kilogram yang dibeli oleh seorang pengusaha kedai motosikal Tan Kea Nam, 48, di Pekan Langgar, dekat sini.
Tan dari Batu 4, Taman Satria, Jalan Langgar berkata, beliau yang gemar membeli buah-buahan seperti nenas, pisang dan limau terperanjat apabila melihat tembikai kembar itu.
Tembikai kembar itu dibelinya dengar harga RM15 dari seorang penjual.

Beliau bercadang menyimpan tembikai kembar itu selama empat hari sebelum dimakan bersama keluarga dan rakan-rakannya.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks