blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Wanita Mencukur Kawasan Sulit Sambil Memandu Sebabkan Kemalangan

Monday, March 8, 2010
MEGAN MARIAH BARNES
DOB: 09/04/1972
Charges: 1 Felony Count(s) of 316.027.1a, HIT AND RUN – FAIL TO STOP REMAIN AT CRASH INVOLVE INJURY,
1 Misdemeanor Count(s) of 322.34.2b, NONMOVING TRAFFIC VIOL – DRIVE WHILE LIC SUSP 2ND OFF



FLORIDA, 8 Mac,-- Pelanggaran dua buah kereta di Florida, Amerika berlaku kerana pemandunya cuba untuk mencukur bulu kemaluannya ketika sedang memandu.

Menurut laporan, Trooper Gary Dunick berkata dua kenderaan telah terbabit dalam kemalangan disebabkan wanita itu cuba untuk mencukur kawasan sulitnya, manakala bekas suaminya memegang stereng kenderaan.

Lalu keretanya merempuh belakang sebuah trak.

'Beliau berkata dia baru berjumpa teman lelakinya di Key West dan mahu bersedia untuk kedatangannya,' Dunick memberitahu Key West Citizen. 'Jika saya tidak berada di sana, saya tidak akan mempercayainya. Kira-kira 10 tahun lalu saya telah menahan seorang lelaki di tempat yang sama ... mempunyai tiga atau empat picagari melekat di lengannya. Ia menakjubkan dan saya berfikir, "Tiada akan ada yang lebih dahsyat daripada ini."

Tetapi saya silap...ini lebih dahsyat lagi.'

Dua penumpang wanita dalam trak hanya mengalami kecederaan kecil.

Wanita yang dikenali sebagai Megan Mariah Barnes, lesen memandunya telah dibatalkan selama lima tahun sehari sebelum nahas kerana disabitkan memandu di bawah pengaruh.

Dia sekarang menghadapi dakwaan kerana memandu dengan tanpa lesen, memandu dengan merbahaya, memandu tanpa insurans dan melarikan diri dari tempat kejadian yang menyebabkan kecederaan - kerana dia terus memandu sejauh setengah batu lagi selepas perlanggaran itu.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments

Pengakuan Bersalah Rasidi Ditolak

RASIDI Ismail, 32, diiringi anggota polis untuk ditahan di Mahkamah Tinggi Seremban, hari ini, selepas mengaku bersalah membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh awal tahun ini.

SEREMBAN: Penganggur Rasidi Ismail hari membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap tuduhan membunuh empat anggota keluargannya pada 5 Januari lalu tetapi hakim menolak pengakuan itu kerana mahu memberinya peluang melantik peguam.

"Kamu menghadapi empat tuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Mahkamah perlu berhati-hati untuk menerima pengakuan kamu ini," kata Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Beliau kemudiannya menetapkan 22 Mac untuk sebutan semula kes itu dan bagi Rasidi melantik peguam.

"Mahkamah akan melantik peguam untuk beri nasihat dan melihat sama ada, ada keperluan atau tidak untuk pemeriksaan mental," katanya.

Rasidi, 32, yang kelihatan tenang, sebelum itu mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Dia juga mengangguk tanda faham tentang hukuman yang akan diterima akibat daripada pengakuannya itu.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh adik perempuannya Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Januari antara 7 dan 11 pagi.

Dia menghadapi tuduhan kedua, ketiga dan keempat iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76, neneknya, Sufiah Katas, 80, dan datuknya, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor juga di Kampung Batang Rokan pada tarikh dan waktu yang sama.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, sebelum itu berkata berkata tiada apa halangan untuk tertuduh mengaku bersalah, namun Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan menyebut tertuduh berhak untuk mendapatkan nasihat dan diwakili peguam.

"Dalam perkara ini tertuduh harus diberi peluang untuk mendapatkan nasihat peguam memandangkan kes ini berat dan oleh itu saya cadangkan beliau mendapat khidmat peguam," katanya.

Emak Rasidi, Saharah Atan, 59, yang ditemui di luar mahkamah, berkata beliau akan mendapatkan khidmat peguam dari Biro Bantuan Guaman untuk membantu Rasidi dalam kes itu.

"Saya minta mahkamah cepatkan proses bicara dan saya berdoa semoga semuanya selamat," katanya.

Sumber - Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Jom beli bugi golf..

RM 20,000 sebuah..

Bagus...bagus...
Lepas ni semua rakyat boleh beli bugi golf ni,
Sebab dah murah...
Kereta lokal pun tak dpt potongan camni.
:Author Faethal

Duti Import Bugi Golf Dimansuhkan, Umum PM

"Jadi, pada majlis ini, sebagai Menteri Kewangan, saya ingin mengumumkan pemansuhan serta merta duti import ke atas semua bugi golf di negara ini," PM Najib Razak.

Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Datuk Robin Loh mengalu-ngalukan dengan gembiranya pemansuhan duti import itu yang katanya ialah 50 peratus.

"Kita telah mohon pemansuhan ini sejak April tahun lepas. Padang golf 18-lubang pada lazimnya memerlukan 70 hingga 80 bugi dan pemansuhan ini adalah penjimatan besar," kata beliau.

Sebagai contoh, sebuah bugi yang diimport yang berharga RM20,000 akan berharga RM35,000 dengan duti import dan cukai lain, tambah beliau.

Sumber- BERNAMA


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks