blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Inilah Anak 18 Bulan Yang Tidak Berdosa Itu..

Thursday, March 4, 2010
A. KARIGALAN (kiri) dan isterinya, K. Thilagawathy (kanan) meratapi kematian anak mereka K. Hareswarral 18 bulan yang dipercayai mati akibat didera suami bekas pengasuhnya di Petaling Jaya, Selangor, 4 Mac.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, laporan bedah siasat yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari mengesahkan tulang rusuk kanak-kanak malang itu retak selain hatinya pecah serta terdapat banyak kesan lebam pada badan mangsa.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku antara 10 hingga 12 malam tadi di Pangsapuri Seri Ara, Damansara selepas mangsa ditinggalkan ibu bapanya kepada neneknya untuk dijaga bagi menyelesaikan urusan peribadi.

Lagi di sini.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments

Padah Hilang Kawalan

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan pemandu, L. Thiagarajan yang tersepit di bawah lorinya yang membawa muatan dawai dan skru yang terbalik selepas hilang kawalan di lebuh raya Utara Selatan, susur keluar Lembah Beringin, Rawang, 4 Mac. 2010.

Sumber : Utusan



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Tragedi PPSMI 7 Mac 2009 : Pak Samad

Aku dan Pak Samad semasa program Mansuhkan PPSMI di Muar 5/7/2009.

PADA 7 Mac ini, saya akan mengenangi semula sesedarnya bagaimana di tengah arus 100,000 para demonstran, saya telah disambut dengan permaidani najis oleh pemerintah saya. Waktu itu saya hanya ingin menjunjung betapa murninya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Malang, saya dicemuhi. Jika diluhuri, mengapakah pendukung hajat murni itu mesti dihadiahkan air dan gas yang pedih dan pedas?

Pada 7 Mac ini genaplah setahun peristiwa PPSMI yang amat memalukan itu.
Dan, sayangnya, kita sebenarnya masih terus dimalukan—mungkin sehingga tahun 2011 atau 2012. Kalaulah janji menteri janji keramat.

Sebelum menyertai gerakan murni GMP itu, saya telah cuba menghadami semangat Perkara 152 itu. Saya pelajari bahawa Perlembagaan di bawah Perkara 159(5) itu jelas menyebut bahawa kata putusnya hanya terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Saya ulangi “kata putusnya hanya terletak di tangan Majlis Raja-Raja.”

Tapi, ternyata bukan begitu yang dilaksanakan.

Fahamilah bahawa segelintir pemimpin leluhur Kemerdekaan kita telah dengan penuh sedar dan bijaksana melandaskan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara demi perpaduan dan kesejahteraan bangsa. Malangnya, segelintir pemimpin masa kini kita sangat terpesona dengan “keistimewaan” masa kini, lalu terlupa atau sengaja melupakan keluhuran perjanjian masa lalu.

Kita telah—dan mungkin sedang—memulakan kecenderungan baru yang sangat menggerunkan. Kita merobah sesuatu tanpa merujuk dan menyetiai perlembagaan leluhur lalu. Jika semua kemurnian perlembagan masa lalu dicarik seenaknya oleh pemimpin masa kini—dan pemimpin masa depan—tanpa meluhuri perlembagaan masa lalu, apakah kita sengaja ingin mengajar cucu-cucu kita supaya jangan segan “kencing berlari”?

Itulah tampaknya budi bahasa yang sedang kita pupuk. Kita membiarkan seorang Perdana Menteri yang secara angkuh dan mendadak melanggar Akta Bahasa ketika sedang di ekor kuasanya pada 2003! Kita seperti terlupa bertanya mengapa visinya itu membernas terlalu lambat?

Jika sungguhpun kita yakin bahawa bahasa Melayu tidak mampu memberi rezeki global, lakukanlah semurni santun. Pindalah Akta itu dulu jika Akta tersebut sangat menghalang rezeki global bangsa. Janganlah mengulangi kerja lanunan itu.

Pada 7 Mac ini, itulah yang saya ingin kenangi. Sungguh pedih.

:Pak Samad

Artikel "Jangan Ulangi Kerja Lanunan"

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Gorilla Di Planet Marikh : NASA


Benarkah ada Gorilla di Planet Marikh?

Beberapa pemerhati angkasa lepas telah menjumpai sekeping gambar yang dihantar balik oleh sebuah kenderaan robot yang memerhatikan 'Planet Merah' berbatu batan itu untuk tanda-tanda kehidupan.

Seorang peminat angkasa lepas, Nigel Cooper - yang telah mengkaji beribu-ribu gambar yang diambil oleh Nasa telah mengumumkan secara online - berkata: "Ia pasti ada beberapa jenis makhluk di sana."

En Cooper, 43, daripada Grimsby, Lincs, menambah: "Saya sangat yakin terdapat kehidupan di luar sana.

Sumber : www.thesun.co.uk



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Ibu Syafia Humaira Seorang G**?

http://3.bp.blogspot.com/_Zo2Y_1h2qpU/S4kbpRK67qI/AAAAAAAAEJU/1tw_hC_N59I/s200/mainpix2%5B1%5D.jpg

"Haaa? Biar betul?"


Saya terkejut mendengar penjelasan wartawan terbabit berhubung kerjaya ibu mangsa.

"Dulu suspek dikatakan menghantar dan menjemput dia pergi dan balik kerja," ujarnya.

Jika benar maklumat disampaikan kepada wartawan 999 itu, saya rasa sudah tiba masanya Norhanim mencari kerja lain, kerja lebih diredhai Allah S.W.T.

:Mazidul Akmal Sidik


"Clue"

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2009/06/kuala_lumpur_prostitute_gro_nude_escort_hooker_malaysia_malay_kl_penang.jpg?w=400&h=277

Sebilangan pemandu teksi gemar berjudi. Mereka berkumpul, 'menchai' (menilik) nombor ekor di lokasi terpilih.

Ada juga 'membela' pegawai perhubungan pelanggan, GRO. Pada awalnya GRO hanya pelanggan 'regular' dihantar ke tempat kerja dan kemudian dijemput pulang. Namun kemudian, lahir bibit-bibit cinta berkepentingan. GRO membayar tambang menggunakan tubuh, pemandu puas, tersengih.

Selanjutnya di sini

Jangan lupa malam ini, 999 akan memaparkan laporan khas, 'Kisah Si Pemandu Teksi'.

Wartawan 999 menemubual nenek mangsa dera dan bunuh, Syafia Humaira Sahari di Sungai Plong, Sungai Buloh, Selangor. Nor Azizah Boden dilaporkan menjaga abang dan adik Syafia, Shakimi Iqbal, berusia 1 tahun 6 bulan.

"Nenek dia kerja kilang di Rawang untuk menanggung dua cucu. Norhanim jaga Syafia dan duduk dengan boyfriend dia di Batang Kali," kata wartawan 999.

Suntingan : mazidulakmal.blogspot.com


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks